"Everyday is a brand new start"

06 February 2010

Maka Bertasbihlah Cinta....




Haram haramkah aku
Bila aku terus menantinya
******************************
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin…


Alhamdulillah…bersyukur dengan kelahiran filem Ketika Cinta Bertasbih yang kini menjadi kegemaran masyarakat. Tak dinafikan saya juga seperti mereka. Kedua-dua novelnya berjaya saya khatamkan 2 tahun yang lepas. Tanpa disangka, cerita itu difilemkan. Gembira tak terkira dan sememangnya itulah impian saya..untuk melihat terjemahan karya Habiburrahman Al Shirazy dalam bentuk lakonan..Insya-Allah, filem ini memberi gambaran jelas bahawasanya,
ISLAM ITU SANGAT INDAH!!!

Karakter utama yang sangat saya kagumi, Khairul Azzam. Bagaimana dia berusaha mencari rezeki untuk keluarganya sehingga terpaksa berada di Mesir selama 9 tahun. Sekembalinya dari Mesir, dia hanya bekerja sebagai pemandu. Tertarik saya dengan kata-katanya, “Semua harus dari bawah”. Jawapan yang biasa dituturkan oleh orang-orang hebat! Sebagai mahasiswa, dia tidak hanya mendalami ilmu agama tetapi juga mempelajari tentang pengurusan perniagaan bakso. Atas kemahiran yang diaplikasikan dengan baik serta akal bijak yang dianugrahkan Allah, akhirnya terbuktilah janji-Nya dengan berjayanya seorang Azzam dengan bakso cintanya!

Benarlah, di sebalik kehebatan seorang lelaki pasti ada wanita di sebaliknya. Dan wanita itu adalah ibunya! Saya boleh menyimpulkan bahawa Azzam seorang anak yang taat kepada ibunya. Ibu yang banyak menasihatinya dalam banyak perkara sehinggalah kepada pemilihan calon isteri yang terbaik. Pengorbanan seorang ibu dapat dilihat dari awal malah saat berakhir nyawanya juga dalam keadaan untuk membantu anaknya..Subhanallah!


Walaupun umurnya masih di belasan tahun, tetapi diberi kepercayaan oleh guru-gurunya untuk memberi fatwa. Apabila Imam Syafie berceramah ataupun mengajar ilmu agama, ramai ahli bahasa dan penyair yang terkemuka menghadirinya kerana bahasa yang diucapkannya adalah bahasa yang baik. Lidahnya fasih menuturkan kata-kata. Tidak ramai ulama yang mempunyai kelebihan seperti itu.


“Anakku, kamu adalah mata-mata rantai Islam” Kata Imam Malik kepada Imam Syafie.


Dapatkah ibrahnya? Sebagai pelajar agama sungguh penting untuk kita bersiap menabur bakti kepada ummah. Begitulah pesanan Kiai Lutfi kepada Azzam apabila diminta pertolongan untuk mengajar kitab Al-Hikam padahal Azzam belumpun mampu mengkhatamkan kitab tersebut. Pengajaran penting buat dia dan kita. Dia dan kita adalah sama. Lihatlah hebatnya Imam Syafie di usia muda. Wahai mata-mata rantai Islam, bersiaplah semaksima mungkin..UMMAH MENANTI KITA!


Aku tetap ingin dirimu

Tak mungkin hatiku berdusta..


Mungkin begini kata hati Furqan. Sungguh Allah tidak menzalimi hamba-Nya..Dan kita juga tidak boleh menzalimi manusia..Bertindak ikut rasa akan binasa. Berfikir sebelum bertindak. Bukan untuk jangka masa pendek tetapi juga untuk masa yang masih jauh untuk tiba. Inilah kelemahan Furqan. Namun, tarbiyah agama mendidiknya untuk bersifat rasional. Bukan mengikut nafsu semata-mata. Ya, Furqan lelaki baik.

Jangan melihat Anna Althafunnisa terlalu sempurna. Setiap manusia punya kelemahan masing-masing. Dia tidak mampu mengawal emosinya dengan baik sehingga tidak ingin mendengar penjelasan suaminya setelah mengetahui kebenaran. Perempuan punya 9 nafsu, kendalikan nafsumu baik-baik duhai Hawa!


Haram haramkah aku bila hatiku jatuh cinta… 

Tuhan pegangi hatiku biar aku tak jadi melanggar…


Mencintai tak bermakna memiliki. Sifat redha Azzam ketara pada saat pertunangan dan perkahwinan Anna walaupun hakikatnya dia menyukai Anna. Bukannya dibenci malah didoakan temannya. Benar, redha itu penawar. Penawar manis daripada Allah.

Anna juga sama. Biarpun mencintai Azzam dalam diam, bila sudah terlafaz akad nikah maka hatinya hanya diberi untuk yang hak. Suaminya Furqan. Dia wanita yang solehah, ingin terus mencintai dan membahagiakan suaminya. Amanah buat seorang isteri..

Sabda Nabi SAW bermaksud, “Kebahagiaan manusia itu terletak kepada 3 perkara, dan kesengsaraanya terletak kepada 3 perkara pula. Antara kebahagiaanya ialah memiliki isteri yang solehah”

Kriteria utama untuk calon isteri Abdullah Khairul Azzam. Pada agamanya. Bukannya kecantikan dan kekayaan yang sering menjadi idaman kaum lelaki. Itulah sebabnya hanya soleh bisa mendapat solehah!

Maksud sabda Nabi SAW, “Jika seseorang hamba menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”

Begitulah Azzam dan Anna. Mereka akhirnya bertemu pemilik cinta yang sebenar dan Allah tak mungkin memungkiri janji-Nya. Biarpun hanya mampu memendam di hati tanpa suara. Kerana tak mahu melanggar peraturan cinta..Allah telahpun menentukan jodoh yang tiba saatnya akan datang. Bermujahadah itu indah, indah itu hadir bila meletakkan Allah sebagai prioriti. Di mata orang pahit, di hati kita sangat manis..

Kebesaran pencipta akhirnya menemukan dengan yang dicinta….Justeru, bercintalah dengan Yang Maha Mencipta!! -senyum-


Aku hanya ingin cinta yang halal

Di mata dunia juga akhirat..

Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia untuk atasi zina..

Ketika Cinta Bertasbih Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…
Share:

5 comments:

  1. salam mujahadah..
    moga kita terus kuat..janji ALLAH itu pasti..usah kau khuatiri..tiba saat dan waktu pasti kan bertemu.. dua hati yg telah dijanji utk di satu.. ameen...
    mujahadah itu manis!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum srikandi as-siddiq..
    subhanallah...
    ini adalah anugerah Allah buat enti dalam bdg penulisan
    teroskan MUJAHADAHmu sahabatku yg dikasihi..
    Moge Allah merahmatimu..amin

    ReplyDelete
  4. " Ya Allah, kurniakanlah ANUGERAHMU yang tidak terhingga buat ukhtiku yang berjuang dalam MUJAHADAH ini demi meraih CINTAMU.Bantulah dia dan berikanlah kekuatan pada dirinya serta orang-orang di sekelilingnya...AMIN"

    ReplyDelete

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories