"Everyday is a brand new start"

17 May 2010

Iman itu...



Tadi belajar tentang 'IMAN' dalam kuliah Aqidah.

Seronok sangat.

Tapi saya terfikir adakah benar-benar nikmat iman itu dihargai?

Sekadar sebuah perkongsian daripada seorang ukhti yang jauh dimata..Semoga Allah merahmatimu..

Jika anda bertanya, kenapa Bilal dapat bertahan di bawah tekanan batu raksasa dengan terik matahari padang pasir yang membakar tubuhnya? Mengapa beliau sanggup membunuh majikannya dalam Perang Badar? Kenapa dia pada mulanya seorang budak biasa boleh berubah menjadi seorang pembesar Islam? Serta mengapa Abu Bakar yang lembut menjadi sangat keras dan tegas di saat Perang Riddah (murtad)? Mengapa Umar bin Khataab yang disegani dengan sukarelanya membawa gandum ke rumah seorang perempuan miskin di malam hari? Mengapa Khalid bin Walid lebih menyukai malam-malam dingin dalam jihad fi sabilillah daripada seorang perempuan cantik di malam pengantin? Mengapa Ali bin Abi Talib sanggup tidur di tempat Rasulullah di saat berlakunya hijrah? Mengapa pula Usman bin Affan bersedia untuk menginfakkan seluruh hartanya untuk membiyaai kos peperangan? Jawapan itu ada di sini: IMAN.

Seorang ulama’ menceritakan tentang keajaiban iman:

Iman adalah sumber tenaga jiwa yang sentiasa memberikan kita kekuatan untuk bergerak menyemai kebaikan, kebenaran dan keindahan dalam zaman kehidupan, atau bergerak mencegah kejahatan, kebatilan dan kerosakan di permukaan bumi. Iman adalah gelora yang memberikan inspirasi kepada buah fikiran kita, maka lahirlah ‘bashirah’ ( pandangan mata hati).Iman adalah cahaya yang menerangi dan melapangkan jiwa kita, maka lahirlah ‘taqwa’. Iman adalah bekal yang menjalar di seluruh bahagian tubuh kita, maka lahirlah ‘harakah’ ( gerakan). Iman mententeramkan perasaan, menguatkan tekad dan mengerakkan jiwa raga kita.

Iman bukan dengan kita hanya fikir seorang diri dan datang sendiri.
Bukan juga dengan angan-angan, sekadar satu perkataan yang melintas atas lidah kita tanpa makna.
Sekadar pemuas telinga mahupun benda yang dihafal semata-mata.
Iman adalah apa yang ditanam dalam hati dan disahihkan dengan amal perbuatan.
Iman itu menggerakkan keinginan, membasahkan jiwa yang kering serta melonjakkan semangat yang pudar.

Sebab itu ulama’ besar As-Syahid Hasan AlBanna menyebut:
‘ Datangkan aku 12 ribu orang yang benar-benar beriman agar kutundukkan pergunungan, kubelah samudera dan lautan serta kubuka negeri-negeri bersama mereka’

Ini kerana imanlah yang menjadi pendorong manusia itu berbuat baik ataupun tidak. Kondisi iman yang buruk akan menghasilkan perbuatan yang buruk, begitulah sebaliknya.

Tepuk dada, tanya Iman!
Share:

15 May 2010

Saat Lafaz Sakinah



Mungkin ada yang terkejut membaca tajuk entry. Kepada ahli bait saya, entry ini khas untuk antunna. Apapun credit utk grup fareast krn berjaya menghasilkan album terbaru.. , "Saat Lafaz Sakinah"

"Salah satu faktor kejayaan saya dalam bidang penulisan adalah kerana sokongan isteri saya" Kata seorang yang bergelar professor.

Kedua-dua pasangan suami isteri yang sudah berumur itu tersenyum-senyum memandang antara satu sama lain. Sekali sekala terdengar gurauan antara keduanya. Dan di fikiran ini...

Ah, bukan butiran penyampaian mereka yang difokuskan, sebaliknya kemesraan kedua pasangan itu!

“Dengki kah??” “Eh, mana ada. Cemburu saje..” (cemburu lainlah dengan dengki..)

Perkahwinan mereka sudah berpuluh tahun tetapi masih segar seperti di usia awal perkahwinan. Apa yang dapat disimpulkan: perkahwinan mereka berjaya. Anak-anak mereka bahkan mampu menjadi parajurit-parajurit agama yang bertempur di serata tempat.

Teringat keluarga Nabi Ibrahim a.s, beliau mampu membentuk seluruh anggota keluarga sebagai pendukung dan aktivis dakwah sekaligus. Seluruh anggota keluarga baik isteri dan anaknya ikut terlibat aktif dalam menjayakan tugas-tugas dakwah, sekalipun tugas dakwah itu sangat berat.

Seperti yang ditulis AbuSaif, Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar.

Jadi???

Perkahwinan bukan hanya satu penyelesaian mungkin kepada masalah hati atau bimbangkan zina. Hakikatnya, ia adalah sebuah gagasan yakni impian yang memerlukan pandangan kita jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kita ke Syurga.

Maka, jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa diri kita untuk ke Syurga Akhirat.

Subhanallah! Hebatnya bila dua hati bersatu kerana Allah dan terbina dengan rancangan jangka masa panjang untuk islam, bukan saja syurga dunia malah syurga akhirat mampu kita dapat..

Kita bukan terlalu awal untuk memikirkan itu.


Masa semakin suntuk untuk suatu tugas yang besar.


"Khayalan sekarang adalah realiti masa hadapan" Kata Dr Hanisah.


"Namun merealitikan khayalan memerlukan tindakan" Sambung saya.


Nota kaki:

Jom berkhayal sambil bertindak! hehe...


“Dan di antara tanda-tanda(kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya.Dan menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang”. (ar-Rum:21)
Share:

UmmuZayd

UmmuZayd
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories