"Everyday is a brand new start"

15 June 2010

Dari Diari..

Kutulis buat hati-hati yang tulus mencari Dia..


Aku sangat menyukainya

Sangat mencintainya

dan Aku paling suka melihat wajahnya yang terpejam menangis

Bersimpuh dengan menadahkan tangannya yang gementar kepadaKu

dengan bisikan-bisikan permohonannya kepadaKu

dengan permintaan-permintaannya kepadaKu

sehingga tak ingin cepat-cepat Kukabulkan apa yang hendak Aku berikan kepadanya

agar lebih lama dan sering Aku memandang wajahnya

Aku percepat cintaKu padanya

dan Aku bersihkan dia dari daging-daging haram badannya

dengan sakit yang ringan

Aku sangat menyukai keikhlasan hatinya

di saat Ku beri ia ujian

tak pernah kudengar keluhan kesal dan menyesal di mulutnya

Aku rindu kepadanya

Rindukah dia kepadaKu wahai malaikat-malaikatKu?

Tidak terasa apa-apa?
Tidak?
Baca berulang kali..

Jika masih tidak merasa rindu pada-Nya
Jika masih tidak merasa cinta itu
Jika masih su'uzhon pada dugaanNya
Jika masih berputus asa
Jika masih resah gelisah

Mungkin ada yang tak kena pada hati

Ada yang tak kena pada hubungan kita sesama manusia

Dan paling besar kemungkinan, ada yang tak kena dengan hubungan kita dengan Allah

Muhasabah diri kembali..

Istighfarlah..

Selagi masih ada waktu..






Aku ingin kau merasa
kerana diriku bukan sempurna,
Share:

12 June 2010

Bicara


Hebat benar bicaranya.

Padat.

Membahagiakan.

Jika tidak, dia hanya diam.

Senyumannya pula sudah cukup menenangkan.

Membahagiakan insan di sekelilingnya.

Kerana itu juga saya mencintainya.

Dia bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oh susah sungguh ya Rasulullah..mengapa..

Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan."

Fikir.

Kita mungkin terlalu banyak berkata-kata..hingga kepada yang sia-sia..

Terlepas pandang mungkin..

Ya..Daie itu umpama rama-rama, tak perlu berkata-kata…cukup sekadar tingkah lakunya sahaja membuatkan manusia terkesan dan terpesona

Jangan kerana kata-kata pula maka hilanglah pesona seorang daie..

Hassan al bana ada berpesan : Kamu harus menjadi orang yang banyak bekerja, bukan yang banyak bercakap dan bertengkar kerana satu-satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah mereka diilhamkan untuk bekerja. Sebaliknya satu-satu kaum itu sesat setelah mendapat petunjuk adalah kerana banyak bertengkar dan berbalah.

Mengkoreksi kata-kata Hassan al bana..

Oh, kerana itu diciptakanNya dua telinga dan satu mulut..

Daripada Saidina Ali Abi Talib, Rasulullah bersabda: “Bahawa seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya orang tertawa, maka sebab yang sedemikian itu, dilemparkan dia di dalam neraka jahanam selama 70 tahun.”

Hanya ‘Suatu Perkataan’, arghh gerunnya..!

Imam Syafie pernah memberitahu, tidakkah kau tahu harimau di hutan itu lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak dilempar dengan batu!

Berguraulah seperti Rasulullah..seadanya..ada benarnya..

Kerana.

Bisa saja gurauan kita boleh menyakitkan hati insan sekeliling..

Bisa saja gurauan menyebabkan kita banyak tertawa..

Sedangkan ummah di saat kritikal..

Memerlukan doktor-doktor untuk merawat sesegera mungkin..

Kitalah doktor itu..

Dunia pula makin tiba di pengakhirannya..

Maka berkatalah indah dan menyenangkan..

Jadikan diammu kerana takut kepada Allah..

Diam itu saja sudah ibadah.

Mudah bukan!

(*-*)




Kerana diriku bukan sempurna.
~Pesanan buat diri yang sering terlupa~
Share:

07 June 2010

Don't give up..

                                                    Ukhwah tercipta kerana cinta


This post is specially for you my bez fren, Ayesya..

Flying to Japan, wif one mission for Islam..

Plz don't give up juz bcoz of 'that' ..

So many benda yang kita akan tempuh lepas ni as hamba.Lagi susah..

"This path may be difficult, but the final destination is certain”

Thnx call saya semalam. Seronok sebab dah lama tak berborak panjang..

Semalam saya ada bercerita pasal tangkap ikan. Tapi tak habis.

Sekarang saya nak tulis crite tu betul2. Kata2 dan tulisan dah ada. Yang belum ada sentuhan seorang teman.

Tak mengapalah, sentuhan Allah lagi best kan! =) Plzz be strong!!


Pada suatu hari...

Seorang pemuda Yahudi telah mengajak seorang

rakannya yang Muslim untuk pergi menangkap ikan di sungai

dengan menaiki sebuah sampan.

“Wahai rakanku, mari kita bertanding pada hari ini, siapakah yang

mendapat hasil tangkapan yang lebih besar!”

cabar pemuda Yahudi tadi kepada rakan Muslimnya.

“Baiklah.. Aku kira, lebih baik sekiranya kau yang mulakan terlebih dahulu..”

balas pemuda Muslim tersebut.

Tanpa membuang masa, pemuda Yahudi tersebut menebarkan jalanya

dan mendapat tangkapan yang sangat lumayan.

“Nah, sekarang tiba giliran engkau wahai rakanku..”

kata pemuda Yahudi tersebut.

Sebelum menebarkan jalanya, pemuda Muslim tersebut berzikir

terlebih dahulu kepada Allah s.w.t.

“Subhanallah..”

kata pemuda Muslim tersebut, lantas menebarkan jalanya ke dalam sungai.

Namun, tiada seekor ikan pun yang melekat pada jalanya.

Pemuda Muslim tersebut tetap tenang.

“Haha.. sekarang tiba giliran aku pula”

kata pemuda Yahudi tersebut berpuas hati.

Pemuda Yahudi tersebut menebarkan jalanya,

dan sekali lagi dia mendapat tangkapan yang besar.

Pemuda Muslim tersebut menebarkan jalanya untuk kali yang kedua.

“Subhanallah..”

selepas mengucapkan tasbih kepada Allah s.w.t., dia menebarkan jalanya lagi sekali.

Namun, sekali lagi tiada seekor ikan pun yang terperangkap di dalam jalanya.

Peristiwa ini berulang sehingga 3 kali dan mereka pun pulang.

Malaikat yang berada dengan dua pemuda itu semasa kejadian  berasa pelik dengan apa yang berlaku,

lantas bertanya kepada Allah s.w.t. tentang apa yang terjadi.

“Ya Allah, mengapa pemuda Muslim sebentar tadi langsung tidak mendapat hasil tangkapan,

sedangkan dia sentiasa berzikir kepadaMu sebelum menebarkan jalanya?”

tanya Malaikat tersebut.

Allah s.w.t. menerangkan

“Sesungguhnya Aku suka setiap kali dia berzikir kepadaKu dan

ingin dia mengulangi perbuatan yang sama dan mendengar dia berzikir lagi.

Oleh itu, Aku biarkan jalanya kosong supaya dia menjala dan berzikir lagi..”

“Jadi apakah ganjaran yang didapati oleh hambaMu sebentar tadi ya Allah?”

tanya Malaikat itu lagi.

Allah s.w.t. menerangkan

“Aku telah sediakan ganjaran yang paling besar untuknya di syurga.

Lebih besar dari tangkapan ikan yang lumayan dan segala yang ada di dunia ini..”

Jangan lupa Allah tak pernah biarkan kita..

setiap sesuatu yang Dia tentukan for sure ada hikmah..

cuma kita yang mungkin slalu sangat su'uzhon dengan Dia..

Bila masanya menjelma,

Kejayaan akan tiba..

sabar ye..






=) stand.up.with.faith

Share:

03 June 2010

Kebahagiaan dalam Perpisahan

[KEMBALI SEJENAK KE TAHUN 2007]

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al Baqarah:216)

Ayat faveret saya..

-----------------------------------------------

Tanggal 30 Disember 2007, si gadis itu redha saat menjejakkan kaki di Kem Seri Perkasa Mantin. Hatinya berdebar-debar. Cerita-cerita buruk yang pernah berlaku untuk program seperti itu bermain di fikiran. Ligat.
Resah ? Yup.
Risau ? la budda lah..
Semua bercampur aduk. Menjadi 1.

Satu demi satu berlaku...

Astaghfirullah...

Pakaian seperti ‘itu’ bagaikan suatu kebiasaan.
“Alah..standardlah”
“Kolotlah korang ni..”

“Apa aku peduli pasal solat jemaah!”

PENGUMUMAN BAJU KOMPENI
Majoriti mengangkat tangan.
Kerana di minoriti, kami perlu berjuang.

“Cikgu, kami nak baju kompeni lengan panjang..”

Azan dilaungkan versus acara nyanyian.
Hanya hati mampu mendoa..
Maafkanlah Ya Allah...

Meriahnya..
Ada tari menari..
Lelaki dan perempuan.
Best2...
“Pernah dengar tak, kalau kita tak menari depan lelaki ajnabi, kita dapat menari kat syurga..Mana lagi best?”

Meronta-ronta hati.
Sakit.
Wahai hati, kau harus kuat!
Membuak-buak kerinduan.
Pada biah solehah.
Hanya Tuhan yang tahu.

Pernah menangis kecewa.
Putus asa barangkali.
Bagaikan hidup di dunia jahiliyah.

“Aku mahu berubah..berubah jadi lebih baik”
Tiba-tiba suasana meeting jadi sayu. Setiap mata memandang ke arah gadis berambut lurus perang itu.
“Tapi.. tiada siapa yang mahu tolong aku”


Dush!! Dubb!!


Teguran Allah.
Pada diri sendiri.
Saya tahu bukan hanya hati sendiri perlu dijaga. Ramai lagi hati-hati yang perlu sama dijaga.
CikMM, jangan selfish!

Dunia ini bukan dunia jahiliyah, tapi dunia yang memerlukan tarbiyah.

----------------------------------------

Ya, langkah untuk mencuci karat hati orang lain bukan mudah.

COP!! Sebelum tu cuci hati kita dulu. Biar bersih.


Daie itu perlu mempunyai hati yang besar, untuk menampung banyaknya hati-hati manusia lain.


Tambah pewangi ayat cinta Allah lagi harum.


Sabda baginda,
“ Hati itu akan berkarat sebagaimana karatnya besi, sahabat-sahabat pun bertanya, maka apakah cara untuk memulihkannya? Rasulullah SAW menjawab, membaca Al-Quran dan mengingati mati”


Ini kisah gadis itu dan dunianya. Dunia yang memulakan segala-galanya..

Ada kaitan kah tajuk entry dengan apa yang tertulis di atas??

Yes.

Berakhir ‘PLKN’. Berharap terkikis sedikit demi sedikit jahiliyah dalam diri. Diri orang lain juga.

Melalui ‘Gerakan Heartwash’.

“Apa yang best sangat PLKN tu sampai teringat-ingat?? “ Tanya insan sekeliling. Hairan benar.

Saya hanya tersenyum.

Sungguh bahagia..bahagia dipilih Allah ke situ. Semoga teman yang lain juga bahagia..

Bahagia dalam perpisahan.


Perpisahan Jahiliyah.





[Sekadar perkongsian cerita lama. Sesungguhnya jahiliyah itu perlu selalu dikikis.Selamat Mencuba!]
Share:

UmmuZayd

UmmuZayd
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories