"Everyday is a brand new start"

10 September 2010

Kerana iman bersuara...



Assalamualaikum kawan-kawan...
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Mohon maaf zahir dan batin..

“kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” ( Al-Asr: 3)

Sayu mendengar takbir raya berkumandang. Namun bercampur kesyukuran yang teramat kerana masih diberikan peluang dan nikmat bernafas di muka bumi Allah ini. Melihat berduyun-duyun umat islam bersolat hari raya berjemaah mengundang rasa bahagia dalam jiwa ini.

Tersentak. Paha saya ditepuk seseorang. “Tertidurkah aku??Rasanya tidak..” Mak cik di sebelah menunjukkan ke arah kanan. “Tengok tu..hmm kenapalah malas sangat diorang ni nak ke depan, penuhkan saf depan,” Saya menggiakan.

Apa yang mak cik rasa saya pun rasa. Itulah yang menyedihkan saya setiap kali berjemaah di masjid atau surau. Ramai dalam kalangan umat islam belum tahu peri pentingnya merapatkan dan memenuhi saf. Sikap “sejadah ini aku punya. Aku tak mahu ke tepi” , “malas nye nak ke depan. Biar orang lain sajalah..” dan “panaslah rapat-rapat..” membuatkan saf-saf terputus. Bercerai. Sedih sekali…

“Jemaah sekalian, solatlah seolah-olah ini solat kita yang terakhir dan anggap setelah solat ini kita akan mati dan bertemu dengan Allah swt. Tolong safnya diluruskan dan dirapatkan…”
[ kata Ust Ilyas dalam sinetron KCB. Antara scene yang menarik hati saya! (n_n) ]

Mengingatkan saya pada Rasulullah saw yang sentiasa mengingatkan sebelum solat agar saf diluruskan bahkan Rasulullah saw tidak pernah memulakan solatnya hingga semua saf benar-benar rapi. Kenapa ya??



Nah, "Innallaaha yuhibu" nampak jelas bahwa Allah benar-benar mencintai barisan yang mantap.

Imam Al Qurthubi meriwayatkan bahwa ayat di atas turun ketika para sahabat bertanya :

Seandainya kami tahu amal yang paling Allah cintai niscaya kami akan melakukannya lalu turunlah ayat di atas.

Oh, Allah paling cinta! Takkan tak mahu dicintai Allah kot….

Yup, ayat ni tentang masalah barisan perang tapi dasarnya semua barisan sama termasuk barisan dalam solat. Sesetengah orang mungkin melihat ini masalah kecil. Tapi dari ketidakrapatan saf ini justeru akan menyebabkan ketidaksatuan ummah dan kerapuhan perpaduan umat islam masa kini.

Masalah ini perlu diatasi demi kemaslahatan ummah. Di pihak muslimin terutamanya perlu berpesan-pesan seperti Rasulullah sebelum menunaikan solat. Tak lupa di pihak muslimat. Solusi pelbagai.
Ayuh, jom aktifkan mindamu!



Aidilfitri Di Bumi Darul iman;
~CikMujahidahMuda~
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories