"Everyday is a brand new start"

22 February 2011

Belajar dari dua ’YUSUF’



Dia bukanlah Nabi Allah Yusuf
Dia hanya insan biasa..
Namun dia juga hebat....
Dua Yusuf itu..

1) Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qardhawi
Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia

2) Tan Sri Dr Yusuf Noor

Pengerusi Kumpulan Felda

Dua Tokoh Maal Hijrah 1431 H
Dua yang banyak menyumbang untuk Islam
Bila lagi kita mahu jadi antara dua???

Hijrah jangan kalah...

Ketika lepas bebas di alam remaja
Impianku tidak mengenal batasan
Aku ingin mengubah dunia
Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang
Kusedari rupanya dunia tidak akan berubah
Lalu aku bataskan jangkauan
Memadailah jika aku dapat mengubah negara
Namun ini juga tidak kesampaian
Kala usia senja, pilihan terakhirku
Mengubah keluarga dan mereka yang terdekat
Malangnya..
Mereka juga tak mampu kuubah

Kini,di perbaringan menanti maut baru kusedari
(mungkin buat kali pertama)
Andainya dahulu yang pertama kuubah adalah diri sendiri
Dengan menunjukkan teladan yang baik
Pasti aku dapat mengubah keluarga
Lantas dengan sokongan dan dorongan semangat mereka
Aku pasti mampu mengubah negara
Dan siapa tahu...
Mungkin aku juga mampu mengubah dunia.

-ref solusi bil. 15
SALAM MAAL HIJRAH!!;)
Share:

Kasih DIA di sebalik ujian..





Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Kalau engkau benar-benar jujur kepada Allah, Dia akan benar-benar mewujudkan maksudmu”

Sekadar perkongsian sebuah pengalaman diri..dalam meniti hari-hari..setelah berjanji untuk menyerahkan diri bekerja di dunia ini. Bekerja untuk Dia..
Bagi saya,cabaran yang mendatang bukan melemahkan malah menguatkan.Saya percaya bahkan sangat percaya..

Ini cerita saya. Kisah pengalaman saya.
Saya berani mengambil risiko memegang peranan sebagai urusetia program sebuah program dakwah peringkat kebangsaan. Sejak itu, bermulalah hari sibuk saya. Dalam keletihan, sungguh, saya bahagia…

Mana mungkin saya terlepas drpd menerima ujian Allah dalam bentuk “Keikhlasan”..
Saya tak mampu lari daripada kesedihan. Dianggap “gila kuasa” oleh teman-teman tatkala kesibukan dengan amanah yang memburu diri. Bukan mudah menjadi kuat saat itu.

Dalam masa yang sama, saya turut kehilangan handfon pemberian abah. Sukar untuk saya menahan kesedihan. Saya jadi lemah tika itu.

Lalu Allah hadir memujuk…

“Jika fikiran seseorang itu sudah mantap terhadap Penciptanya maka dia akan tahu bahawa Allah tidak akan mengujinya melainkan ujian itu akan mendatangkan kebaikan baginya, atau menghilangkan dosa besar darinya.”


Saya jadi bersyukur dengan ujian itu..benarlah redha itu penawar..

Mungkin bagi kalian dugaan tersebut tidaklah sehebat mana.Namun boleh saja saya berputus asa untuk bekerja. Apa lagi untuk menarik diri. Kerana saya hanyalah insan biasa yang penuh dengan kelemahan diri..

Kerana Dialah saya kembali bersemangat..Kerana Dia jua saya mendapat kekuatan..Dialah Allah..Sayang sungguh Dia pada saya..

Dalam ujian Allah memberi saya hadiah..Hadiah yang sangat bernilai bagi saya. Hadiah yang membuat saya tersenyum, gembira dan tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Hadiah apa?? Biarlah hanya Allah dan saya sahaja yang mengetahui. Benarlah, saya tidak sendirian kerana Allah dan teman-teman seangkatan sentiasa bersama…


Umar bin Abdul Aziz telah berkata: "Sekali-kali Allah tidak menganugerahkan nikmat kepada seseorang hamba, kemudian Dia tarik nikmat itu dan Dia gantikan dengan kesabaran, kecuali bahawa Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik daripada apa yang sudah Dia cabut darinya.."

Baiknya Allah….


Akhirulkalam, mabruk buat semua urusetia yang turut berjuang untuk program tersebut. Mabruk jiddan juga buat mereka yang kuat menghadapi ujian yang lebih besar dari apa yang saya hadapi. Semoga usaha kita diberkati Allah..Wassalam..
Share:

19 February 2011

Bila sampai di garis sempadan,,


                                                                       Bismillah,,,,
                                                             gerimis tiba dihujungnya
                                                         sampai waktu kan berhenti jua
                                                        begitulah kehidupan kita didunia
                                                        tiada siapa yang kekal selamanya
                                                          entah bila waktu ku akan tiba

Menulis, menulis dan terus menulis,,,
Biar tiada yang sudi membacanya, namun saya akan terus menulis...
Kerana saya bukanlah seorang yang hebat berkata-kata
Saya hanyalah Siti Zulaikha yang diciptakan Allah
sebagai insan biasa yang punya begitu banyak kelemahan
Namun,
Kerana semangat "kematian" saya perlu kuat sebagai diri saya
Menggunakan apa yang saya miliki sebagai bekal di akhirat

Sayu,,
Hari ini saya sayu,,
Saya begitu lemah...

Dr. Yusuf Qardawi:

Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain,

Sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat

Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah

Saya kagum dengan mereka

“I hope to see you again, maybe if not in Malaysia, if not in this world, insyaAllah hopefully in Jannah which is the best place to all of us” – Allahyarham Akhuna Mas Afzal-



 "Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat, laksana anak-anak akhirat.. Melihat dunia dari jendela akhirat"-Allahyarham Akhuna Ammar Zulkifli-



"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku.” -Allahyarham Ustaz Asri


Semoga mereka sedang menikmati nikmat Allah di syurga

Bergembira menatap wajah Allah

Wajah yang selama ini dirindui

Saya teringat pesanan adik usrah saya : "Hidup ini bagai mimpi,,dan apabila kita tersedar yakni mati barulah kita tahu yang akhirat itu adalah kehidupan yang sebenar..."

Dunia adalah tempat untuk menanam,,akhirat kita akn mendapat hasilnya..bersabarlah kalian dan saya..

Semoga kematian mereka terus menjadi peringatan buat kita yang masih hidup...




19 Februari 2011





Share:

12 February 2011

miss him???

video

Berkali-kali saya menonton berkali-kali itulah hati saya jadi sebak,,
So,
For you,
If he came and sit alone with you, what will you say for him in a minute??


Subhanallah...aku mencintainya
Subhanallah...aku menyayanginya


Jom warga USIM berselawat!!



Salam Maulidur Rasul 1432 H


Share:

02 February 2011

Cakna Timur Tengah

Salam,,
Sungguh terkesan membaca tulisan di bawah,,
Yakinlah, Islam itu pasti menang..Allahuakbar!!!!

Kesan Domino di Timur Tengah

barangkali kamu semua lebih ‘up-to-date’ dari saya sendiri dengan berita-berita kebangkitan umat yang berlaku di Mesir mahupun sebelum itu di Tunisia.

Dan kini kita melihat kebangkitan umat di negara Yaman mahupun perubahan struktur pemerintahan di Jordan.

Dan kita bertanya pada diri kita sendiri….

apakah yang akan berlaku?Apa akan berlaku pada diriku , jika ia benar2 berlaku?

Amat berat sekali bagi saya sendiri membicarakan hal ini walaupun niat di hati mahu sentiasa menyebarkan islam itu sendiri di muka bumi ini. Ini kerana persoalan umat ini memerlukan pembacaan yang mendalam serta analisis yang kritis dalam melihat suasana.( serta ilmu mendalam yang saya cetek dan perlu sangat kuasai)

Sunnatulah jatuh dan bangkitnya sebuah bangsa itu perlu diambil kira dalam kita menilai suasana yang berlaku di dunia ini:
“Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian. Kemudian Nabi saw diam.” (HR Ahmad)


Manakala dalam masa yang sama kita melihat, berhati-hatinya ikhwan Muslimun dalam mengambil langkah yang tepat demi menghadapi keadaan dan realiti yang berlaku di sana.

Dan kita pelik, kenapa tak ambil peluang ini? Kami dah lama tunggu ini!

"Aik, dah orang nak jatuhkan hosni mubarak, naiklah untuk memimpin ummah di sana!"

Namun mereka mengambil langkah untuk undur kebelakang sebentar, menjadi pendokong kepada pemimpin Islam liberal, Baradei, demi untuk memastikan bahawa, apabila kemenangan Islam itu dapat diperolehi, biarlah dalam keadaan ianya kekal dan tidak jatuh tumbang begitu sahaja.

Langkah penuh berhikmah dan teramat bijak. Tidak didorong oleh semangat semata-mata dan pendek akal. Mereka melihat keadaan dunia ini dan menganalisa adakah dunia sudah bersedia menerima sebuah negara islam ataupun tidak?

Sedangkan kita melihat,betapa Barat semakin lama semakin dihantui oleh kehadiran Ikhwan Muslimun yang dikatakan teramat mengugat mereka. Mereka teramat kecut perut dengan idea terlahirnya sebuah Khalifah. Seolah-olah kiamat akan menimpa mereka dan semua sumber kewangan or ‘kebahagiaan ‘ mereka akan disekat.

Walaupun secara jelas, ikhwan mengatakan mereka tidak akan bertanding posisi jawatan president.

Kerana masanya belum tiba lagi.

Sunnatullah mencatitkan sebuah peristiwa di tika Rasulullah mendapat kememangan yang agung di Fathu Makkah. Satu kememangan abadi dan sungguh menjadi prolifik kepada ummah.

Kemenangan mendapat sebuah daulah ketika itu tidak diiringi dengan peperangan dan keganasan, namun penerimaan yang amat baik sekali oleh rakyat Makkah di tika itu.

Malahan di mana-mana negara pun selepas zaman Fathu Makkah itu Islam akan bertahan di situ beratus tahun lamanya sebelum sunnatullah menetapkan, bahawa daulah itu ianya jatuh di tangan kuffar kerana kezaliman dan kelalaian umat Islam sendiri.

Dan mereka , ikhwan muslimun, melihat kekuatan mereka dengan amat jujur tanpa mendabik dada.

Walau mereka ini parti pembangkang terbesar di bumi anbiya itu, namun ketika ditanya mengapa mereka tidak mencalonkan Prof Dr Md Badi untuk menjadi calon President mesir?

Mereka menjawab:

"Kita masih jauh lagi untuk ke arah itu. Tapi, kalau majoriti rakyat menyokong kami, barulah kami akan mencalonkan calon kami"


Subhanallah. Merancang dengan teliti. Melangkah dengan penuh ketepatan dari sudut masa dan keadaan.Tanpa gopoh, keputusan itu diambil.

Dan ternyata perjalanan kita masih jauh walaupun kita nakkan sangat sebuah daulah Islam.

Kita nak sangat hidup di bawah lembayung kekhalifan. Namun, jika adanya khalifah pun, kerja-kerja dalam mentarbiyah manusia takkan pernah selesai. Kerja-kerja kita dalam menyampaikan syahadah takkan pernah selesai.

Amal tertinggi kita bukanlah sekadar mendapatkan sebuah daulah sahaja, tetapi mendapatkan sebuah empayar islam.

Dan even bila kita dapat empayar islam itu pun, kerja kita takkan pernah selesai dan takkan pernah berhenti.

Bukan boleh duduk berteleku dan rilek-rileks minum kopi dan boleh tengok bersahaja dunia ini.

Kerja kita takkan pernah selesai.

Terus membina dan membina manusia itu sendiri. Menyampaikan Islam dan terus beramal dengannya.

Percayalah, kerja kita teramat banyak.

Cuba lihat sekeliling kamu… berapa banyak sahaja manusia yang benar-benar istiqamah di jalan Islam ini?

Bila sudah dapat sebuah daulah, kita mahu daulah itu kekal. Kita nak orang mengamalkan islam , menegakkan hakimiyah Allah seluruhnya. Kerja itu tak mudah. Sukar.

Maka kerja itu bukan senang. Bukan sesenang mulut berbicara.

ia memerlukan amal.

Dan amal menuntut pengorbanan darimu,

Sangat2 menuntut pengorbanan dari kamu.

Benar, kita hanya menjadi penonton sahaja kepada drama yang berlaku di Mesir serta tidak dilupakan juga rakyat Palestin saban hari ditekan Israel, dalam masa yang sama seluruh bangsa Arab lain yang sedang ditindas tanpa kita sedari pun.

Bayangkan pengorbanan mereka untuk sebuah daulah.

“Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku berdiri atas kebenaran, mereka tidak boleh digugat oleh orang-orang yang menentang mereka atau menggugat mereka, sehinggalah datangnya ketentuan Allah” (Hadith Riwayat Muslim)

Dan kita…

apa kita buat?

asyik melopong tengok berita sahaja……

hurmmm….

and yes, Hosni Mubarak, please step down!

wallahualam


[by Muharikah]
http://muharikah.wordpress.com/
Share:

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories