"Everyday is a brand new start"

13 March 2011

Inikah Petanda...

Sabda nabi saw : "Sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan orang-orang Islam, maka dia bukan di kalangan umatku"


Disember 2010-Januari 2011 - Pemberontakan rakyat Tunisia menggulingkan pemerintahan 23 tahun rejim Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang sebenarnya dicetuskan oleh seorang pemuda berjiwa kental dan berhati mulia bernama Mohamed Bouazizi. Beliau telah bertindak membakar dirinya di luar bangunan pejabat majlis perbandaran sebagai protes di atas segala bentuk kezaliman pihak berkuasa terhadap dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Presiden Zine El Abidine Ben Ali berjaya digulingkan pada Januari 2011.



25/1/2011 (Selasa) - Bermula satu protes besar-besaran daripada rakyat di Mesir terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Hosni Mubarak untuk menuntut agar Presiden Hosni Mubarak yang telah berkuasa selama 30 tahun untuk melepaskan jabatannya.

Setelah demonstrasi berlangsung selama 18 hari, akhirnya Presiden Mubarak mundur pada tanggal 11 Februari 2011.




Febuari 2011 Rakyat Libya bangkit demi menggulingkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah memimpin Libya selama 42 tahun namun sehingga kini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk "mengalah" pada tuntutan rakyatnya, meski korban sudahpun mencapai 400 orang.


NEXT??



video


11/3/2011(Jumaat) - Tsunami yang sangat ganas telah melanda jepun setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter. Gempa bumi yang melanda Jepun ini merupakan yang paling kuat dalam tempoh 140 tahun.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun..

“Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?” (At-Taubah: 126)

Berturut-turut peristiwa besar berlaku kepada dunia


Allah sedang berbicara dengan kita






Inikah petanda dekatnya dunia
wadah akhir kehancurannya..





Share:

07 March 2011

Finding the best



Bismillah..

Mungkin ada yang pernah mendengar kisah ini..

Saya cuma ingin mengulanginya kembali agar kita sedar akan keberadaan sahabat di sisi kita

Pada suatu hari, seorang pelajar bertanya

“cikgu, kenapa semua orang ada kawan baik kecuali saya?"

...kemudian cikgunya berkata "cikgu mahu kamu pergi ke padang dan berjalan. Carikan cikgu sehelai rumput yang paling cantik kamu jumpa. Apabila kamu berjalan, kamu tidak boleh menoleh ke belakang ataupun mengundur kebelakang untuk mengambil rumput yang sebelumnya jika tiada rumput yang cantik di depan kamu. Cikgu akan jawab pertanyaan kamu selepas kamu mencari rumput itu"

Maka pergilah pelajar ini seperti yang disuruh.
Berjalanlah pelajar ini mencari rumput yang cantik.
Dalam perjalanannya, dia ternampak rumput yang sangat cantik.
Hijau dan berkilat daunnya.
Tetapi pelajar itu tidak memetiknya kerana fikirnya akan ada banyak lagi daun yang lebih cantik di depan sana.
Dia pun berjalan dan berjalan mencari rumput yang lebih cantik.

Akhirnya tanpa disedari, dia sudah sampai ke hujung padang dan dia tidak memetik walau sehelai rumput untuk cikgunya.
Dia kembali berjumpa cikgunya untuk menceritakan peristiwa itu.

Lalu berkatalah cikgu kepada pelajarnya.

"Inilah yang berlaku dalam mencari seorang kawan yang baik atau kawan sejati. Kita sering mencari kawan yang sempurna. Apabila kita sudah berjumpa dengan kawan itu, kita akan mencari seseorang yang lebih sempurna. Tanpa disedari, kawan yang tadi sudah meninggalkan kita. Kita sepatutnya menghargai setiap kawan yang kita ada kerana setiap kawan itulah kawan sejati kita. Lumrahnya setiap manusia itu tidak sempurna. Berhentilah mencari kawan yang sempurna dan yakinlah kawan yang kamu ada sekarang ini, itulah yang terbaik."

Plz remember that, tiada yang sempurna di dunia ini. Kawan kita hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan..

Sebaiknya, maafkanlah…kita bukanlah layak untuk membenci kerana kita juga manusia biasa yang penuh dosa..

Agar kita tidak dibenci Yang Esa…

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
[QS Al-Hujurat (49):10]

Tautkan kembali hatimu dan hatinya sebelum dia pergi….

                         


Kepada sahabat-sahabat saya yang jauh dan dekat..maafkanlah saya untuk semua kesilapan yang saya lakukan..Moga-moga kalian dan saya akan bersama-sama di syurga kelak..amen!
Share:

UmmuZayd

UmmuZayd
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories