"Everyday is a brand new start"

17 April 2011

menanti sebuah jawapan


Ya Allah
Seandainya diri ini tidak redha dengan ketentuanMu
Maka janganlah Kau menghukumku kerana kelemahanku
Kau bimbingi aku Ya Allah
Kau ingatkanku Ya Allah
Bahawa tiap yang Kau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku

Kita hanya merancang
Engkau mentakdirkan
Hambamu merancang dengan cita-cita
Engkau merancang dengan cinta
Aku memohon
PerancanganMu ini tanda cintaMu padaku

Aku malu padaMu
Aku kalah dengan ujian yang Kau berikan
Semangatku kian lupuh
Sehingga kumahu masa yang lama kau berikan
Demi memulihkan sekeping hati yang terluka
Sebelum kembalinya hati yang baru

UjianMu adalah kifarah dosaku
Setiap tangisanku kumohon sebagai saham
Untukku bertemuMu di sana

Sepanjang musim muhasabahku
Aku bermohon sebuah jawapan
Agar aku bisa kembali kuat
Dan ketenangan yang pudar hadir kembali
Dan hatiku yang baru lebih tegar

Ku mohon...

subhanaka inni kuntu minazzalimin~


17/4/2011
~Menanti sebuah jawaban~
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories