"Everyday is a brand new start"

31 May 2011

.Jam Kesebelas.

“The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th”





Chad n Fend

"Fend, jalan jom."
“Kau nak aku jalan kat mana?’
"Jom backpacking pergi Australia"

*************************************************

“Aku teringin nak masuk syurga"
"Siapa yang tak nak?"
“Kalau masuk dulu, tarik aku sama?”
Chad sengih. "Jom ambil air sembahyang"

Dearest Chad,
Aku rindu kau,
Aku sayang kau,
Ada rezeki kita masuk syurga,kita
Jumpa kat sana, bro.

Mati itu pasti. Dia tahu.
Waktu sampai ajal tiada toleransi. Dia tahu.
Ajal tak kenal usia di bumi. Dia tahu.

Tapi Chad tak pergi di jam kesebelas, Alhamdulillah.
Chad sempat cari erti hidup, Alhamdulillah.

Fend n K2

Mana pernah Fend yang dia kenal main kuiz fasal sujud syukur macam dia buat dengan Chad.
Mana pernah Fend yang dia kenal biarkan fender tak berbunyi kalau dah gitar tu ada atas riba.
Mana pernah Fend yang dia kenal sebut nama ahli sufi dengan quote hadis dalam perbualan seharian.

Fend.
Hmm?
Apa yang kau rasa sebenarnya?
Maksud?
K2 hanya angkat kening sebelah.
Aku rasa lain.
Aku rasa best.
Aku rasa terisi.
Aku rasa happy.
Aku rasa hidup.
Aku rasa hidup aku ada erti.

“Kita kat mana ni Fend?”
“Masjid Punchbowl . Ni la masjid tempat aku dengan Chad duduk masa bulan puasa tahun lepas”
“Masjid ??”

“Kenapa kau nak aku ikut sekali sebenarnya?”
“Aku cuma nak kau rasa apa yang aku rasa masa Chad bawak aku datang sini. Aku rasa sangat selfish kalau aku simpan benda tu untuk diri sendiri”

Fend tahu.
Hati tu Allah yang pegang, bukannya orang.
Hidayah dan petunjuk tu memang hanya Allah yang bagi.
Benda yang sama tak semestinya memberikan kesan yang sama juga kepada penerima yang berbeza.

*************************************************

“Benda apa yang kau jumpa kat Indonesia sebenarnya?”
K2 menggariskan senyum nipis.
“Erti hidup”
Fend angguk.
Memang sungguhlah. Hati orang hanya Allah yang pegang.Alhamdulillah.


Belum tamat. K2 terus menyambung misi Chad dan Fend.


Cerita ni tentang orang yang berubah.
Mahu berubah.
Berubah sebelum ajal tiba.
Berubah kepada jalan cari Tuhan semula.
Berubah kembali ke jalanNya sebelum the 11th hour.


Hidup itu untuk akhirat.
Semua orang boleh berubah jadi baik.
Malah lebih baik.
Bantu saya.
Before 11th hour.


[Meet them- Contengan Jalanan - by Hlovate]

Share:

25 May 2011

Cuti-Cuti Cinta

MYCUTI 1

Pagi 22 Mei: Alhamdulillah..sampai rumah akhirnya..nak rehat lu..hehe~ ^_^

Mak: Hari ni terus stat mengajar ye..

Saya: Ha???

Oh, lupa! daie mana bleh ada masa rest..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Syahmi: Ala,, orang tak leh baca kalau ada pompuan.

Saya: Ain,,Ain dok jauh2 sket. Syahmi tak leh baca kalau ada pompuan.
Eh! Habis aku ni bkn prmpn ke??

Iman: Nak balik cepat…nk tgok tb

Saya: Allah suka budak2 yang tengok tv ke budak2 mengaji?

Iman: Tengok tb. Ada ultraman!!
Erk!!

Saya: Hakim, asal asyik menguap je ni?? Mata pon dah kuyu ..
(tak sampai 1 minit…menguap lagi)

Saya: okla…kalau Hakim baca betul2 kita habis sampai sini je.

Hakim: (Senyum)
Taktik kah??

Saya: (kenapa slow sangat baca ni..tahan2..mujahadah2)

Arif: apsal macam pelik je kakak ni sebut??

Saya: (eh, kenapa senyap je tetibe,,)

Oh, Saya dah tertidur rupanya! Sori2

Qistina: Nak baca yang ni dengan yg ni je..

Saya: Ala..Qistina baru baca skit

Qistina: Taknak baca dah..

Saya: Malas ea?
(Geleng, muka dah masam)
Alahai..Baik..sodaqallahul azim..


Seronok. Tapi kena banyak bersabar,,,

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Al Baqarah:155)

MYCUTI 2

Mak: Pergila drive kete along tuh..lg seminggu dia dah nak bawak balik johor

Saya: Ala mak,,relaks la dulu (tgh ambik feel)

Mak: Tak cukup lagi ke 2 tahun ambik feel?
Perghh,,lupa plk..lps dpt lesen 2 tahun x try2 bawak kereta…sebab?
1) Kete abah ada bontot,,x naklah..x reti..
2) Nak kete kancil ke kelisa ke myvi ke boleh tahan jugak..yeke??
3) Tunggulah kereta sendiri. erk?! Emm agak2 bila ye?
4) Sebenarnya, tak berani da..
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mak: Knape nampak takut2 je pegang stereng??

Along: Jue..jangan bawak laju sgt..pandai2 ler main brek

Fadhli: Haha..bawak kete moteng kali. Li takde lesen pon blh bwk smooth je

Wawa: Kak Jue fokus btul bawak kete sampai tak dengar wawa cakap apa hihi..
Saya: Hadoila,,sabar je la..


"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)


Ini kisah cuti saya.
Sabar. Sabar. Sabar. Cuti ni banyak betul menguji kesabaran..
Menanti hari-hari seterusnya..to be continued. (>_^)


Hari-hari sedang mengajari aku sesuatu.
..MujahidahMuda..

Share:

22 May 2011

Contengan Jalanan,,

Kupersembahkan 3 ceritera..

CERITA 1: 14-17/5/2011

Pesan Umar al-Khattab ” Melatalah kamu di Bumi Allah untuk melihat kebesaranNya”

Sweet!
[ Ukhwah ]
[ Ilmu ]
[ Pengalaman ]

Terangkum menjadi 1 dalam sebuah Jaulah Fuqaha’


Hamdan lillah,, 

Bersyukur dapat menyertai teman-teman sefakulti menjelajah negeri kedah darul aman,, merasai kehijauan sawah-sawah padi di depan mata...dan akhirnya Allah mengizinkan saya menjejakkan kaki buat kali pertama di bumi Penang,,berpeluang melalui jambatan Pulau Pinang. Sudah cukup membahagiakan. Sebuah jaulah yang takkan dapat dilupakan. Pahit dan manisnya. Menjelajah tempat bersejarah, mengenali ulama’, perkongsian pengalaman, rabitah hati dengan teman-teman,,

Ah,[[speechless]]
4 bulan yang sangat lama untuk kembali bertemu wajah-wajah teman yg dirindui .. mampukah?!

“Ya muqollibal qulub sabbit qulubana a’la dinik wa a’la toa’tik..Amen!

CERITA 2: 18-20/5/2011

“Matlamat tarbiyah adalah untuk melahirkan seorang akh/ukht yang tiada dalam dirinya melainkan syurga”


Aku ingin persismu!
Sungguh aku kagum denganmu!
Pinjamkan aku semangatmu Akhawat!

Biarpun angin kedah dan pulau pinang masih terasa namun deras angin DnT turut melaju...Dush! Dush! Memang superpower telah menjentik diri ini yang sering leka. Pengisian daurah yang mantap membuai-buai diri ini di alam cinta Ilahi. Menuju pengislahan diri. Meng”renovate” peribadi. Bertemu syuyukh dakwah menyedarkan minda ini; Ya Allah, betapa banyak yang belum aku lakukan untuk Islam!

Oh, aku tergoda! Mau nggak?? Cobalah,,

CERITA 3: 21/5/2011

Jazli : Boleh saya tanya sesuatu?
Anisah: Boleh.
Jazli : Kenapa awak suka anak-anak yatim ni?
Anisah: (senyum) sebab Rasulullah sayang sangat pada anak-anak yatim.
[sedutan drama sebelum menutup mata]

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Sebak. Redha. Inilah didikan Allah.


Al fatihah buat buah hati Rasulullah SAW yg telah meninggal dunia akibat tragedi Tanah Runtuh; Rumah Anak-Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat pada 21 mei 2011.

Semoga ruh mereka dicucuri rahmat....Amen..
Share:

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories