"Everyday is a brand new start"

31 May 2011

.Jam Kesebelas.

“The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th”





Chad n Fend

"Fend, jalan jom."
“Kau nak aku jalan kat mana?’
"Jom backpacking pergi Australia"

*************************************************

“Aku teringin nak masuk syurga"
"Siapa yang tak nak?"
“Kalau masuk dulu, tarik aku sama?”
Chad sengih. "Jom ambil air sembahyang"

Dearest Chad,
Aku rindu kau,
Aku sayang kau,
Ada rezeki kita masuk syurga,kita
Jumpa kat sana, bro.

Mati itu pasti. Dia tahu.
Waktu sampai ajal tiada toleransi. Dia tahu.
Ajal tak kenal usia di bumi. Dia tahu.

Tapi Chad tak pergi di jam kesebelas, Alhamdulillah.
Chad sempat cari erti hidup, Alhamdulillah.

Fend n K2

Mana pernah Fend yang dia kenal main kuiz fasal sujud syukur macam dia buat dengan Chad.
Mana pernah Fend yang dia kenal biarkan fender tak berbunyi kalau dah gitar tu ada atas riba.
Mana pernah Fend yang dia kenal sebut nama ahli sufi dengan quote hadis dalam perbualan seharian.

Fend.
Hmm?
Apa yang kau rasa sebenarnya?
Maksud?
K2 hanya angkat kening sebelah.
Aku rasa lain.
Aku rasa best.
Aku rasa terisi.
Aku rasa happy.
Aku rasa hidup.
Aku rasa hidup aku ada erti.

“Kita kat mana ni Fend?”
“Masjid Punchbowl . Ni la masjid tempat aku dengan Chad duduk masa bulan puasa tahun lepas”
“Masjid ??”

“Kenapa kau nak aku ikut sekali sebenarnya?”
“Aku cuma nak kau rasa apa yang aku rasa masa Chad bawak aku datang sini. Aku rasa sangat selfish kalau aku simpan benda tu untuk diri sendiri”

Fend tahu.
Hati tu Allah yang pegang, bukannya orang.
Hidayah dan petunjuk tu memang hanya Allah yang bagi.
Benda yang sama tak semestinya memberikan kesan yang sama juga kepada penerima yang berbeza.

*************************************************

“Benda apa yang kau jumpa kat Indonesia sebenarnya?”
K2 menggariskan senyum nipis.
“Erti hidup”
Fend angguk.
Memang sungguhlah. Hati orang hanya Allah yang pegang.Alhamdulillah.


Belum tamat. K2 terus menyambung misi Chad dan Fend.


Cerita ni tentang orang yang berubah.
Mahu berubah.
Berubah sebelum ajal tiba.
Berubah kepada jalan cari Tuhan semula.
Berubah kembali ke jalanNya sebelum the 11th hour.


Hidup itu untuk akhirat.
Semua orang boleh berubah jadi baik.
Malah lebih baik.
Bantu saya.
Before 11th hour.


[Meet them- Contengan Jalanan - by Hlovate]

Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories