"Everyday is a brand new start"

29 February 2012

Penawar duka nabi

Bacaan Al-Quran yang paling buat jiwa saya basah dan buat tidur saya paling lena!


Nabi juga bersedih. Bukan hanya kita.

Tapi nabi tahu Allah sentiasa bersama.

Sebab Allah yang sebenarnya paling tahu nabi sedih.

Allah turunkan ayat Quran (surah as-Syarh)  untuk sembuhkan duka nabi.

Nak menenangkan hati dan memberi motivasi kepada nabi.

Jelas,

Al Quran penawar paling mujarab untuk merawat hati yang bersedih..

Hey,


Tau tak Allah beri kita sedey-sedey ni sebab apa?
Sebab Allah taknak kita terlalu cintakan dunia ni,
Sebab Allah nak kita rindu dekat syurga,
Tempat yang kita takkan sedey sampai bila-bila,

Hey,

Allah berhak tarik kekuatan itu,
Sebab Dia hanya meminjamkan pada kamu,
Tapi kamu jangan sesekali lupa untuk menagihnya semula.

Fighting!! ^_< ;
Share:

26 February 2012

Nerakakah tempat kita???

Pemuda itu seharian menangis.

Kemudian seseorang bertanya kepadanya: “Mengapa tuan menangis?”

“Sesungguhnya aku bersikap demikian kerana aku merasakan kalaulah ada walaupun hanya seekor anak kambing biri-biri mati di atas tebing sungai Furat disebabkan kecuaianku, nescaya aku akan diazab oleh Allah swt di akhirat kelak”

 ....Kalaulah kita melayari kisah khalifah zuhud Umar bin Abdul Aziz,
nescaya kita akan tidak pernah mengambil dan menginginkan jawatan sebagai pemimpin,

“Ya Allah, jika aku tidak layak mencapai rahmatMu, maka sesungguhnya rahmatMu berkemampuan untuk sampai kepadaku. Hal ini kerana rahmatMu meliputi segala sesuatu dan aku adalah di antara sesuatu itu. Oleh itu, limpahkanlah rahmatMu terhadapku wahai Tuhan Yang Maha Pemurah!”

Wahai pemimpin,
Berusahalah, berusahalah, berusahalah,
Menjadi pemimpin yang diredhai Allah…
Semoga dengan kepimpinanmu itu,
lebih cepat langkahmu menuju syurga...


-BidadariQalby-
Share:

15 February 2012

Burung Marah..

Baju Angry Bird.
Beg Angry Bird.
Jam tangan Angry Bird.
Borak2 pun pasal Angry Bird.
Kesimpulannya: Angry Bird memang sangat glamor di kalangan kanak2.

Yang tak pernah main, mustahil tak pernah dengar.

Haishh.. CikMM jugak yang jadi “Angry Sis” bila budak2 ni bising time mengaji !
pening --> (@_@)


"Eh, apa yang best sangat Angry Bird ni??" <--- (budak ni agak ketinggalan bab2 game ni sebenarnye… 0.0)

Then, a MISSION IS STARTED.

OooOohhh,, game ni juz pasal burung2 yang marah kat babi2 hijau…

Ramai orang punya pandangan tersendiri pasal game ni.ibrah angry birds

Tak salah..tapi, sangat bagus!

Tapi, apa yang saya nampak.

Sejak Angry Birds muncul,,,

Patung-patung perempuan yang seksi dah tak laku lagi huh~

Oh, perkembangan yang baik untuk kanak2..

Syukran Angry Bird!



p/s: Ajarlah kanak2 bermain dengan penuh MAKNA. Heh~
Pasti merindui gelagat mereka selepas ini… T_T
Selamat memasuki sem baru!
BidadariQalby
Share:

13 February 2012

chenta!



“Ana tu tak cintakan Furqan sebenarnya….”

“Kenapa abang cakap macam tu? Kan ke Ana nak bercerai dengan Furqan sebab Furqan mengidap HIV? Lagipun, kemungkinan dia dapat penyakit tu pun sebab dia cuai hingga ditipu dengan perempuan jahat tu…”

 “Kalau Ana betul-betul menyintai Furqan, dia tak akan semudah itu meminta cerai. Sebagai muslimah yang berilmu dan dilabel sebagai solehah, setidak-tidaknya, dia akan berusaha membawa suaminya berjumpa doktor dan mendapatkan pengesahan serta rawatan lanjut. Cinta antara dua hati adalah sebab untuk suami isteri berfikir berkali-kali sebelum melafazkan kalimah cerai yang merungkai ikatan pernikahan .”

Ini dialog antara Ustaz Zaharuddin dan zaujahnya; Ummu Husna.

Maaf kerana masih lagi post yang berunsurkan cinta.

Sebab ramai kawan saya yang meng “update” status tentang chenta kebelakangan ini.
(ter "INFLUENCED"  la kononnye~)

Jangan lupa,

Suburkan hatimu yang memiliki cinta itu terlebih dahulu dengan mencintai-NYA tanpa selaput nafsu yang menipu dan melulu, sebab ia akan mendorong pemiliknya untuk benar-benar mencintai pasangan hanya kerana-NYA semata.

Buatlah persiapan semaksima mungkin.

Dan berazamlah untuk berchenta sampai bila2, sampai SYURGA!
(^_<)


اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Ya ALLAH, jadikanlah hamba-MU ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)


Marilah sama-sama juga kita doakan untuk keamanan dan keselamatan umat islam yang tertindas di Syria. Semoga Allah membantu mereka menghadapi kekejaman rejim Basyar al-Asad! Amin.
BidadariQalby-
Share:

06 February 2012

A hope..



Apa beza orang yang ada harapan dengan orang yang dah putus harapan?

Wah, besar perbezaannya. Sebab orang yang takde harapan macam orang mati.

Orang yang ada “harapan” tu;

Bila dia buat sesuatu, then berhadapan dengan sesuatu, dia tahu, Allah ada. Allah boleh back up dia.

Walaupun semua jalan dah tertutup, dia yakin Allah boleh bantu bukan je jalan yang biasa, tapi melalui jalan2 yg luarr biasa! Allahuakbar!

Samala dengan orang yang selalu mengulangi dosanya…

Bila taubat,= 1 mark
Ops, I did it again = -1 mark
Taubat = 2 marks !

Atau…

Taubat, buat salah, buat salah lagi dan lagi,,,

Jangan kecewa dengan rahmat Allah.

sebab Allah sangat cinta pada orang yang bertaubat.

Imam ghazali cakap: mungkin je engkau mati ketika engkau bertaubat atau dalam perjalanan menuju satu taubat.

Look!

Bila dalam hati kita sentiasa ada Allah,
Selagi itulah ada harapan!



inisharingdarisifoOpahrolmjuoi
percayalah,kitaselaluadaharapanuntukberubahjadilebihbaik! (n__n)
Share:

02 February 2012

Belajar dari Ombak...


Ombak rindu?? 

Perghh.. yang ni ombaknya lagi power. Tsunami punya.

Di saat kecewa dengan filem melayu. Risau dengan perkembangan minda remaja kini (adek2 khususnya). Nah,, hambik!

‘Hafalan Solat Delisa’

1) Delisa 

Kenapa awak tak tanya dia?

“Dia kehilangan mak, tiga kakaknya, dia juga kehilangan kaki kirinya, tapi dia terus bermain bola sepak”

Si kecil Delisa itu, cukup hebat..kerana dididik oleh seorang ibu yang hebat!

2) Ummi Salamah

Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: “Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.” – Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani.

Em, saya melihat sifat ini pada Ummi Salamah.

Lihat saja bagaimana dia mendidik anak-anaknya sepanjang ketiadaan suaminya!

3) Ustaz Rahman

“Fikiran satu itu apa maksudnya ustaz?”

“Misalnya Delisa bermain bola, fikiran Delisa cuma satu, menendang bola. Jadi, walaupun terseliuh, hujan, umi memanggil, Delisa terus bermain bola. Jadi fikiran Delisa cuma satu. Bermain bola.

“Jadi kalian solatnya mesti khusyuk”

Oh, definisi baru bagi saya tentang khusyuk!  FIKIRAN MESTI SATU.

4) Abi Delisa

Kaum Adam pun harus belajar masak!  (O__<)_V  Harus! 



Saya harap lagi banyak filem macam ni.
Please..


~Perindu Bumi Aceh~
BidadariQalby



Share:

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories