"Everyday is a brand new start"

02 February 2012

Belajar dari Ombak...


Ombak rindu?? 

Perghh.. yang ni ombaknya lagi power. Tsunami punya.

Di saat kecewa dengan filem melayu. Risau dengan perkembangan minda remaja kini (adek2 khususnya). Nah,, hambik!

‘Hafalan Solat Delisa’

1) Delisa 

Kenapa awak tak tanya dia?

“Dia kehilangan mak, tiga kakaknya, dia juga kehilangan kaki kirinya, tapi dia terus bermain bola sepak”

Si kecil Delisa itu, cukup hebat..kerana dididik oleh seorang ibu yang hebat!

2) Ummi Salamah

Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: “Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.” – Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani.

Em, saya melihat sifat ini pada Ummi Salamah.

Lihat saja bagaimana dia mendidik anak-anaknya sepanjang ketiadaan suaminya!

3) Ustaz Rahman

“Fikiran satu itu apa maksudnya ustaz?”

“Misalnya Delisa bermain bola, fikiran Delisa cuma satu, menendang bola. Jadi, walaupun terseliuh, hujan, umi memanggil, Delisa terus bermain bola. Jadi fikiran Delisa cuma satu. Bermain bola.

“Jadi kalian solatnya mesti khusyuk”

Oh, definisi baru bagi saya tentang khusyuk!  FIKIRAN MESTI SATU.

4) Abi Delisa

Kaum Adam pun harus belajar masak!  (O__<)_V  Harus! 



Saya harap lagi banyak filem macam ni.
Please..


~Perindu Bumi Aceh~
BidadariQalby



Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories