"Everyday is a brand new start"

31 March 2012

dariku untukmu.

“siapa yang akan diberikan kebaikan oleh Allah diberikan padanya penderitaan terlebih dahulu”– Bukhari
“dan apabila menderita kesusahan, dia bersabar, ini merupakan kebaikan baginya”
–Muslim
“sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”
Allah sebut dua kali dalam surah Insyirah. Still don’t believe it?? OMG...

Sakit sket apalah sangat dengan penderitaan nabi-nabi terdahulu.. Contoh kalau tekak sakit atau selsema, kuku sakit tak? Takkan?? So, bersyukurlah dengan apa yang masih ada pada kita..

Oh, mana datang semangat kamu ini???

Abu Dzar Al Ghifari ditanya oleh Rasulullah:
“Apa yang kau suka dlm hidupmu?”
Aku  suka lapar- sebab waktu lapar, hati akan jadi lembut dengan Allah ..
Aku sukakan sakit-sebab dapat pengampunan dosa drpd Allah...
Aku suka mati-sebab dapat bertemu dgn Allah...

MasyaAllah! Hebatnya beliau..

Betulla kan, semakin kita mendapat nikmat, semakin banyak keinginan kita. Bila ujian atau dugaan datang, sebenarnya Allah sedang jentik-jentik kita biaq sedar.. Nikmat kat dunia ni pinjaman je Lah!

Itu kisah DrMujahidahMuda yang sedang dalam proses pemulihan. Kesihatan, emosi dan spiritual. Doakan. Huhu~

Ramai tak kat stadium ni??Ramai kan??Ini bukan konsert tau! Heh

GMJ. Global March of Jurusalem. Tak ramai yang tahu. Mungkin ada yang tak ambik kesah pun.

Yup, tak banyak yang kita sumbangkan. Mungkin tak banyak yang kita mampu. Tapi..ingat

Kisah burung-burung yang tolong Nabi Ibrahim untuk padamkan api. Padahal usaha depa tak dapat bantu pun untuk hilangkan api yang marak tu. Tapi, apa burung tu kata: "at least aku ada hujah depan Allah yang aku ada usaha untuk tolong Nabi Ibrahim"  .Walaupun kecik je pertolongan ni.

Sangat terkesan dengan burung-burung kecik ni..[_(T_T)_]

Kat sana cikMM lihat ramai pemuda. Syabab. Inikah yang dikatakan gelombang kebangkitan pemuda? DrMM (Dr Maszlee Malik) bercerita, tentang pemuda. Pemuda yang mampu mengubah negara. Masa depan. Contoh dah kita nampak, Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Syria..nah, di saat keputusasaan orang-orang lama pada negara, bangkit golongan pemuda untuk membuat anjakan paradigma. DrMM mengkonklusi : "selagi ada harapan, di situ ada kejayaan"- yes, right! pemuda harapan negara. Ehem, Pemuda Agama.

Uhuk! Uhuk! tengah2 semangat boleh tunjuk gambar makanan.
Alhamdulillah..sedap.
First time kot rasa Nasi Ambeng Ayam. dengan ousmet lak tuh. Hehe

Maaf. Tukar topik. Ini Kisah manessss Kami. Kisah ahlibait kami. Kisah yang sangat chomell.

Saya sayang sangat pada ahli bait saya. Selalu terbayangkan wajah2 mereka ni bila baca doa rabithah...

Kisah kami bertemu sangat unik! Bila dikenangkan balik, awalnye memang kami tak kenal langsung satu sama lain! boleh pulak duk serumah kan.hahah. (exceptla bebudak satu course..)

Itulah namanya takdir Allah. Sudah ditakdirkanNya kita bertemu, tanpa kita duga, dan lama kelamaan dititikkannya rasa kasih sayang antara kita. Rasa ukhuwah itu.

Kerana kita ini tak pernah sempurna, penuh kelemahan, maka kita ini diciptakanNya untuk saling melengkapkan. Untuk saling memperbaiki kelemahan. Kerana itulah kita dipertemukan. Sehingga kekurangan itu dirasakan sempurna dengan adanya insan yang sudi menyempurnakan hidup kita.

Itulah yang terjadi di bait KITA. Bait yang penuh ceritacinta. sukadanduka.

Allah tak pernah mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia. Sesungguhnya Dia ingin kita berukhwah sampai syurga!

Ini tahun terakhir kita bersama. Dan, ku pasti akan paling merindui, saat kita bersolat bersama, saat mengangkat doa dan mengaminkan bersama, saat kita berkumpul berkongsi pengisian rohani bersama-sama. Aah..takutku menghadapi saatnya berpisah. Benar, setiap permulaan akan ada endingnya. Yang pasti, aku ingin endingnya di syurga! Amin.

Ahli-ahli bait, maukah kalian mendengar sesuatu?

Sungguh, aku cintai kalian kerana Allah!

Ummu Fateh, Ainsolehah bintu Hazram, Nur Amalina, Zainah Zai, Quela Nabilah Raufa, Ana Zariena, Fara Miza, Zirah Zahari,
Terima kasih untuk segalanya....








Share:

1 comment:

  1. juju x sayang saya ke??
    hehe..menyampuk jap..
    tumpang lalu

    ReplyDelete

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories