"Everyday is a brand new start"

20 July 2012

Hooray!! Ramadhan is coming!!!





“Minggu depan dah Ramadhan. Kita start puasa. Seronok tak?”

“Seronok!” Jawab si kecil A dengan hepi nya.

“Hah B, seronok tak minggu depan nak puasa?”

Wajahnya masam mencuka. Menggeleng laju.

“Tak suka. Sebab tak boleh makan. Penat. Kite suka Hari Raya je..” (senyum)

Saya tak terkejut dengan jawapan si kecil B. Budak-budak…kalau puasa, asyik tidur, tengok jam, kira berapa jam lagi nak berbuka..haishhh no wonderlah, sebab orang dewasa pun ada jugaklah fi’il macam tu! 

Kita tak boleh paksa mereka tapi kita boleh ubah persepsi mereka pada Ramadhan.

Saya lihat anak-anak kecil sekarang;

Di masjid atau surau, malam pertama Ramadhan sudah terdengar letupan kuat. Oh, adakah Ramadhan disama ertikan dengan mercun-mercun dan bunga api. Itukah yang dinantikan oleh mereka dalam bulan Ramadhan?

Dan, ibu bapa mula mendoktrin anak-anak agar memakan makanan yang begitu banyak hari sebelum Ramadhan.

Mungkin juga itu salah satu cara mereka menyambut Ramadhan. Tapi, Ramadhan boleh  difahamkan bukan hanya tidak boleh makan dan minum, tapi lebih dari itu. Sampai Ramadhan akhirnya menjadi memori indah buat mereka. Ketibaannya dinanti-nanti. Mungkin saya salah. Mungkin saya betul. Ini cuma pndapat seorang saya.

Kata sis Wardina kepada anak beliau:

“Ramadhan is not only about not drinking and not eating but you want to be closer to Allah, you want to become a better muslim, that’s why you don’t do bad things .”

saya nak jaga mata, telinga dan mulut..Taknak buat jahat hihihi

Kena fahamkan anak-anak tentang Ramadhan, kenapa mereka kena berpuasa. Supaya mereka tak jadi muslim yang ikut-ikut. Apa yang saya dapat belajar dari sis Wardina:

‘Createkan program2 yang best untuk anak-anak special for Ramadhan.’

Selalukan bercerita tentang hikmah puasa dan apa2 yang  menarik pasal Ramadhan. Lebih kurang macam ni kot (ni dialog reka2 heh~):

“Mus'ab, best tau puasa, syaitan semua kena ikat. Mus'ab boleh kumpul pahala banyak2..kata nak jadi anak soleh, nak masuk syurga. Dalam syurga kan banyak mainan. hihi “

*******************************************

Kau tu belum kahwin lagi. Suka hati je cakap itu ini.

Ingat senang ke nak didik anak-anak cikMM oiiii! (*0*)

Uhuk-uhuk! Ehem… (^^’)

Saya suka belajar dari pengalaman orang lain, dari pemerhatian dan kajian yang saya lakukan sebelum saya benar-benar menempuhinya. Dan, saya mahu tulisan ini jadi peringatan dan pendorong untuk saya bila sampai masanya nanti. InsyaAllah.. ..(^^,)



Di Ramadhan ini,
Sampaikanlah aku kepada hakikatnya…
Agar aku mampu menjadi antara pencari-pencari cintaMu yang tegar,
Ya Allah, berilah kekuatan agar aku mampu mencapai taqwa kepadaMu…
Amin Ya Rabb!


By;

BidadariQalby
Share:

2 comments:

  1. ehem..ehem...
    ummu mus'ab?
    wah...mus'ab 2 anak ke-2 awk ke?
    [sbb khawlah kn ank 1st awk..hehe... ^_^ ]

    ReplyDelete
  2. ehem..ehem...
    xdela..mus'ab tu anak sulong
    khawlah second (memandai je..hehe)
    tgal abi depa ja xde nama lg..

    ReplyDelete

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories