"Everyday is a brand new start"

27 December 2012

My Home Sweet Home



Sabda Rasulullah SAW : "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan." 

(Hadis Riwayat Imam Muslim).

6 Oktober 2012 , saya mendapat panggilan telefon ketika sedang berprogram. Suara tangisan kedengaran. Dan, itu suara mak saya!


Innalillahi wainna ilaihi rajiun...


Keluarga kami ditimpa musibah. Hujan batu dan ribut kuat melanda di sekitar kawasan  tempat tinggal kami. Kesannya, atap rumah kami runtuh. Air mula memasuki bilik2 termasuk bilik saya. Atap2 dari kawasan pembinaan rumah bersebelahan rumah saya terbang masuk ke kawasan pagar rumah kami. Allah...

Sukar nak digambarkan perasaan menerima berita itu. Mak dah sedih, takkanlah anaknya nak menambahkan kesedihan. 

"Mak, kita terima dengan redha ujian ni. Semuanya milik Allah. Dia mahu membersihkan rezeki kita. Yang pasti, Dia akan menggantikan dengan yang lebih baik"

Alhamdulillah...mak sedikit lega. 

Bahagian tepi rumah

Syukur. Allah membantu kami sekeluarga. Segala pembaikian tak perlu dibayar. Malah, kami dapat atap baru yg lebih baik! Alhamdulillah...


27 Disember 2012, saya menerima sms dari adik saya.



Kali ini, rumah kami ditenggelami air kerana hujan lebat. Banjir. Inilah kali pertama banjir berlaku di kawasan ini. Kami menerima ujian lagi. 



Kami sudah belajar erti redha. Dan, saya redha. Saya harap keluarga saya juga redha. Husnu zhon dengan Allah, kan lebih baik....


Kawasan depan rumah

Kawasan belakang
Saya rasa agak terkilan tak dapat bersama keluarga untuk membantu. Dari jauh, saya doakan Allah menjaga keluarga saya. Saya yakin Allah Penjaga yang terbaik. 

Allah menguji keluarga saya, agar kami lebih dekat denganNya. Agar kami belajar untuk sabar dan redha. Agar kami menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Jangan cari kesalahan, tapi cari hikmah. Maka, kita akan jumpa sifat penyayang Allah di dalamnya.




Share:

15 December 2012

Masjid Kita

Bila duduk di masjid, hati rasa tenang sangat..Subhanallah.

Masjid.

Tujuan asal masjid adalah tempat beribadah dan zikrullah.

Masjid dibina dan ditegakkan untuk meninggikan syiar Allah, menjadi tempat sujud anak-anak adam.

Melihat kepada kesucian pembinaan masjid, kerana itulah "perkahwinan ibarat membina masjid".

Berkahwin melembutkan hati dari melakukan maksiat dan menjadi orang yang benar-benar  taat kepada Allah, bergantung kepada niat pasangan tersebut. Berkahwin akan membina kebaikan sepertimana membina masjid.

Kerana itu, kata Rasulullah saw; “Siapa yg berkahwin, dia telah menyempurnakan separuh iman, maka bertakwalah dengan separuh lagi”

Maka berbahagialah kalian yang bakal membina masjid. (^_^)

Bila masjid sudah dibina, teruskan memaknai pembinaan tersebut, jaga kesuciannya dan kekukuhannya.

*Belum habis sem, sudah terima beberapa jemputan walimah sahabat2..mabrouk! ^^,*

[Petikan ceramah Dr Zulkifli Al Bakri-IKIM.fm]


BidadariQalby


Share:

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories