"Everyday is a brand new start"

15 May 2013

Istikharah Cinta


Saya nak luah perasaan pada dia” Kata sahabat saya. Terkejut. Saya merenung mencari pengertian di wajahnya.

Sabarlah… jangan tergesa-gesa. Cinta itu menjaga. Tergesa-gesa itu nafsu belaka

Habis tu, apa yang saya kena buat?

Awak istikharah. Percayalah, petunjuk Allah itu akan datang beserta ketenangan dan keyakinan. Jika dia yang terbaik untuk awak, insyaAllah.. Allah akan mudahkan dan beri kekuatan

Sahabat saya mengangguk. Alhamdulillah…dia memahami kata-kata saya.


Selepas beristikharah, pasrahlah dengan pilihan yang kita lakukan. Namun, kita harus sedari bahawa selepas pemilihan, ujian tetap akan datang, kerana kita hidup untuk diuji.
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk:2)

Sematkan dalam hati, pilihan yang tepat hasil istikharah itu umpama benih yang baik. Benih yang baik pun perlukan baja, cahaya dan air untuk berbunga dan berbuah. Maka kitalah yang harus rajin bekerja demi menghasilkan pohon yang tumbuh subur.

"Anakku, dalam menuju perkahwinan, menjadi orang yang baik lebih utama daripada mencari orang yang baik, kerana siapa dirimu itulah nanti yang akan membentuk siapa dirinya kelak!– Ustaz Pahrol
Mintalah nasihat daripada orang-orang yang dipercayai. 

Barangkali dia belum muncul, tenanglah. Teruskan saja istikharah dan doa. Kerana yang terbaik akan datang menjemput setelah kesabaran dan usaha yang sungguh-sungguh. 


Jika sudah yakin, berusahalah merisik bidadarimu dengan jalan yang terbaik. Temuilah orang tuanya. Seorang hawa hanya mahu lihat keikhlasan hatimu wahai Adam!

Bagi yang masih sendiri jangan resah.Segala sindiran dan kata-kata manusia... kentalkan hati!
Bukan harus mereka mengerti. Tapi wajib untuk Allah merestui.
Saat perasaan itu bertasbih, cinta yang terpelihara kan menghampirkan mereka.
Roh istikharah (merujuk kepada Allah) itu bukan hanya diawal perkahwinan, tapi di pertengahan, di sepanjangnya, sehinggalah sampai ke hujungnya.... syurga!

Inilah Istikharah Cinta !

"It is better to wait for years for that someone you are sure of, than to continually grab a chance with someone who picks you up, but drops you whenever they want to...."
Sabarlah...

"Cinta bukan mengajari menjadi lemah, tapi menguatkan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat." -Buya Hamka-
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories