"Everyday is a brand new start"

08 December 2013

CELPAD & Bahasa

“Ya Allah, seandainya hal ini baik bagiku dan jalan untukku faqih dalam ilmuMu, maka aku redha jika Engkau berikan untukku”


Dan, Allah memberikan ia untukku. Berada di CELPAD untuk kedua-dua subjek. English & Arabic. 
Bermulalah jadual ku yang padat seharian. Orang lain memandang ia sebagai bebanan, tapi tidak bagiku. Untukku, ini permulaan untuk aku memandang serius kepada bahasa.
Kata UZAR, dunia Islam terlalu kurang pendakwah dan ilmuan Syariah yang mampu menulis dan bertutur di dalam bahasa Inggeris. Untuk memperoleh pahala yang meluas di seluruh dunia, bahasa Inggeris dan Arab diperlukan.
Di sini, aku jatuh cinta dengan kitab-kitab Arab dan buku Islamik berbahasa Inggeris, biarpun kadang-kadang pembacaan tak berjaya sepenuhnya difahamkan kerana lemahnya penguasaan bahasa. Di sini, aku terpaksa bertutur bahasa Inggeris kerana teman-teman kebanyakannya dari luar negara. Kadang-kadang, tergelak sendiri. Lucu.
Diriku percaya dan yakin, keberadaanku di CELPAD tak pernah sia-sia kerana para ulama seperti Imam Syafie, Ibnul Qayyim dan Imam Syaukani memberikan perhatian yang besar dalam menekuni bahasa khususnya Bahasa Arab, seperti ilmu syarie lainnya. Sebab bahasa Arab adalah jalan untuk memahami ilmu syariat. 
Umar Al-Khattab pula mengatakan: “Pelajarilah bahasa Arab, sebab ia mampu menguatkan akal dan menambah kehormatan”. (Tarikh Umar bin Khathab, karya Ibnul Jauzi, 225)
Ya, diriku agak terlambat untuk memulakan pengajian Usul Fiqh, tapi aku yakin aku tak pernah terlewat untuk menjadi Faqih. Allah mahu mentarbiyah diriku bermula dari asas.
Lalu, jika kalian ingin mengorak langkah, oraklah langkah dengan perancangan dan bukan secara spontan TANPA HALA TUJU JELAS.
Kata Ibnu A’toi’llah as-Sakandari: ” Sesiapa yang permulaannya dengan api yang panas membakar, maka pengakhirannya adalah dengan cahaya yang menerangi”.
Di sana, tiada jalan yang mudah, hanya yang sabarkan terus melangkah. Sabarlah, kita pasti berjaya!
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive