"Everyday is a brand new start"

20 February 2014

Saya Mahu Jadi Pakar!

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." ( Al-Hasyr : 18 )
Saya pernah membaca buku 'Diari Musafir' tulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Dari situ, saya melihat keperluan besar untuk memiliki kepakaran dalam satu bidang. Saya bukanlah seperti ulama’ zaman silam yang boleh menguasai banyak bidang, jadi saya hanya mampu memilih satu untuk benar-benar dikuasai.
Menyusun Minat

Lalu saya mula menyusun atur minat; bermula dari hobi menulis, membaca, sehinggalah jenis-jenis buku yang suka dibaca. Saya sedar, kepakaran kita ada baiknya dilihat dari sudut manfaat untuk agama dan ummah khususnya bagi saya; untuk para wanita. InshaAllah saya memilih Fiqh Mar’ah. 
Selepas kita meletakan satu priority bidang yang ingin dijadikan asas kerjaya, langkah seterusnya adalah mengkaji dan mengetahui cara dan kaedah bagi mencapai target itu. Setiap bidang punyai jalan masing-masing.-UZAR
Saya masih tertanya-tanya asbab Allah meletakkan saya kepada posisi (jurusan Usul Fiqh). Bukanlah seperti krisis epistemologi Imam Ghazali (gurau). Namun semakin menelaah takdir, semakin terserlah hikmahNya. Di UIA, saya bertemu dengan orang-orang yang membawa saya memilih jalan ini. Dunia hakikatnya masih kekurangan para muslimah yang boleh memimpin kaum wanita kepada ilmu terutamanya di Malaysia. Saya juga terbias rasa malu apabila soalan-soalan kewanitaan dikemukakan kepada ustaz-ustaz. Sedang Nabi saw sendiri pernah rasa malu untuk menjawabnya.
Di sisi saya, masih banyak lagi kelemahan dan kekurangan dalam penguasaan Fiqh Mar’ah. Ustaz Fauwaz Fadzil menasihatkan saya di peringkat awal membaca buku “Fikh Kerahsiaan Wanita’ hasil terjemahan Dr Saadudin Mus’ad Hilali. Teman saya pula menggalakkan saya membaca tulisan Dr Yusuf al Qardhawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan Sayyid Sabiq. Langkah awal, saya memilih untuk mendalami Toharoh dan Solat wanita. Seperti biasa, kita boleh membaca fatwa berkenaan wanita, tapi ada baiknya bagi pelajar Usul Fiqh untuk mengetahui asal usul terbitnya sesebuah hukum.
Amat penting untuk merancang masa depan kita selari dengan masa depan Islam. Seperti yang selalu saya katakan, merancanglah yang baik-baik inshaAllah Allah memandu jalanNya. Semoga perancangan ini Allah redha. Tolong doakan saya.
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive