"Everyday is a brand new start"

22 February 2014

#Usrah UZAR : Adab Menegur & Perbincangan Semasa


Usrah Khas Dr Zaharuddin Abdul Rahman untuk kali ketiga semalam (22 Februari 2014) rasanya lebih santai namun perbincangan tetap kritikal. Selesai usrah, UZAR menasihatkan kami agar menyampaikan ilmu yang diperoleh dalam usrah terutamanya bab Adab. Alhamdulillah di sini saya ingin menggariskan beberapa adab yang sempat saya salin dan apa yang saya faham daripada usrah. Semoga mendapat manfaat.

Pertamanya; saya tertarik dengan kisah Imam Syafie dan gurunya Imam Malik. Apa yang ditekankan adalah adab seorang murid kepada guru yang kian rapuh di zaman ini. Sifat hormat Imam Syafie jelas apabila beliau menyelak buku secara perlahan-lahan agar tidak mengganggu pengajaran, malah dielak kakinya dari mengadap ke arah rumah Imam Malik. Hormatnya Imam Syafie kepada Imam Malik tidaklah sampai terlalu taksub dan menghalang beliau bersifat kritikal. Buktinya apabila lahir Mazhab Syafie.

Adab Menegur

1) Mendapatkan ikhlas kerana Allah. 
Kalau tidak ikhlas, eloklah tidak menegur. Contohnya; menegur bacaan imam dalam solat. Jika hal itu diyakini membawa kepada riak, lebih baik elakkan. Namun, jika tidak ikhlas tapi mafsadahnya besar andai tidak menegur, maka menegur adalah lebih baik.

2) Sebelum menegur, tanya diri:
a- Adakah kita mengasihi orang yang kita nak tegur?
b- Adakah kita harap dengan teguran itu akan menolongnya?
c- Kalau kita tegur, adakah kita suka mendapat peluang menegur itu?
d- Adakah kita berhasrat teguran kita nak dibuat secara sembunyi?
e- Adakah cara yang kita buat selain tersembunyi, jika orang yang mahu kita tegur itu orang yang kita kasih maka kita akan gunakan cara yang sama?
Muhasabah dulu jawapan kepada persoalan ini.

3) Bersangka baik terlebih dahulu.
Kata Umar Al-Khattab; " Jangan kamu menyangka satu kalimat yang telah keluar dari mulut seseorang muslim itu buruk, sedangkan kalimat itu boleh jadi berkemungkinan(ihtimal) kebaikan."
Jelas UZAR; Apabila sampai kepada kamu sesuatu perkara, carilah keuzuran (sebab) terlebih dahulu.

4) Meninggalkan taksub.

5) Mencari kalimat yang tepat. Kita harus tahu membezakan nasihat dan mencela.

Perbincangan lain

Saya mahu meletakkan antara perbincangan yang menarik perhatian saya sekitar persoalan "Ya Hanana". Sebenarnya, "Ya Hanana" itu tidak lain sama seperti nasyid-nasyid lain untuk mengingati Rasulullah. Namun, salahnya apabila sehingga menimbulkan ketaksuban contohnya dengan kalimah " zuhur nabi Ahmad". Ada sebilangan yang merasakan nabi akan datang apabila mereka menyebutnya. 

Seeloknya, apabila ingin berqasidah turut diiringkan dengan bacaan Al-Quran. Jangan sampai mengabaikan kalam Allah yang jauh lebih indah dan perlu dihayati.

Seterusnya, isu bacaan yasin malam Jumaat. Ini adalah masalah yang boleh menjadi perbalahan dalam masyarakat apabila tidak diberi kefahaman. Bacaan Yasin tidak salah, namun yang salah apabila ia tersemat dalam masyarakat sebagai satu KEMESTIAN. Sebaiknya, bacaan yasin tidak terhad hanya di malam Jumaat dan gilirkan dengan bacaan surah lainnya seperti Al-Kahfi.

Setakat ini dulu perkongsian saya. Apa yang berlebih dan berkurang dan yang tersalah mohon dimaafkan. 

Doakan saya istiqamah di jalan kebaikan.


Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive