"Everyday is a brand new start"

30 March 2014

Cik Zulaikha Jadi Designer?



"who believe in the unseen" (2:3)

"Mak, Ju dapat kerja part time!"
"Jadi apa?"
"Designer"
Erk!

Alhamdulillah.. niat saya untuk bekerja di tahun 2014 menjadi kenyataan. Haza min fadhli Rabbi. Tiada kekuatan melainkan dari Allah dan dari Allah jualah segala yang baik-baik itu datang.

Setahun saya berhenti berharap kepada kerja ini setelah interview. Setahun juga saya move on dengan mencari-cari peluang kerjaya lain yang bermanfaat dan boleh saya tempatkan potensi saya untuk agama dan ummah.  Suatu hari ustazah menelefon saya menawarkan kerja. Setelah berhari-hari istikharah, bermusyawarah dengan keluarga, memikirkan baik buruk, saya bertawakkal dan Allah memberi jalan kemudahan. Alhamdulillah.

Macam tak logik je saya kena jadi designer. Hampir 2 tahun saya tinggalkan dunia design poster. Nak guna adobe photoshop pun dah terkapai-kapai sekarang. Tak apa, saya kira ini cabaran dan saya memang meminati cabaran ini! Saya lihat ada keperluan saya menguasai bidang ini sebab majoriti yang buat kerja-kerja ni adalah kaum lelaki. Tak salah kan kalau saya mencuba.

Melihat bidang kerja saya dari surat offer, saya menimbang-nimbang kepakaran saya. Kerja saya bukan hanya designer, tapi juga admin. Sebagai syarikat baby, 'Sebarkan Bahagia Resources' memerlukan saya untuk melakukan banyak kerja. 

Saya tahu saya akan kesibukan. Mengejar-ngejar masa untuk membaca, studi, assignment, sedia untuk presentation, majlis ilmu, tapi saya yakin di sinilah Allah mengajar saya untuk menghargai masa dan mengurus hidup. Bahawasanya tanggungjawab itu melebihi masa yang ada. Saya pernah katakan kepada teman:

"Saya ingin menulis sekarang, nanti bila dah kerja saya takut dah tak sempat"
"Zu, ramai orang hebat yang mampu menulis lebih banyak ketika kesibukan!"

Saya bertanya kepada diri sendiri, kenapa saya mahu kerja? Bermacam-macam jawapan muncul di fikiran saya; buat simpanan+bayar hutang+kumpul duit nak kahwin. Sebenarnya, apa yang paling utama ialah saya mahu menggunakan potensi untuk agama dan ummah. InshaAllah kerja ini akan mendidik saya berfikiran lebih matang, bertanggungjawab terhadap pendidikan masyarakat, masa, kerja, dan saya ingin mencari pengalaman sebanyak mungkin. Semoga Allah bantu dan beri kekuatan.

Saya bercerita bukan kerana mahu mendabik dada. Saya bercerita agar teman-teman mendapat sesuatu yang berharga. Percayalah, Allah sebenarnya mengira setiap usaha kita walaupun gagal berkali-kali. Impian takkan datang kalau hanya dengan berharap tetapi kita harus bekerja dan ada tindakan. Kalau hanya berharap sambil goyang kaki, itu angan-angan kosong aja namanya. Mintalah pertolongan dengan Allah, kerana hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Berdoalah, dan yakin Allah akan kabulkan. Jangan bersangka buruk dengan Allah. 

Saya ingin melangkah lebih jauh. 

Menjadi muslimah super untuk agama. Allahu Akbar!

"Insan berjaya bukan sebab mereka hebat, tapi mereka sentiasa istiqamah"-Sifu Siddiq


*Teringin nak buat bisnes. Doakan. ^_^*


sharing is caring *_*








Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories