"Everyday is a brand new start"

05 March 2014

Jazaakillahu khairaa



#episod 2


"Enti,,keyf halak? Subhanallah.."

Meissoun menghulurkan tangan. Memeluk erat. Nur kegembiraannya seperti lama benar kami tidak berjumpa.

"Ops, natakallam billughatil arabiah faqot"


Saya yang awal meletakkan syarat itu apabila Meissoun berbahasa Inggeris. Tapi akhirnya saya yang tergagap-gagap memikirkan vocab yang sesuai. Meissoun yang memahami ketidaklancaran saya berbahasa Arab membantu. Dia meminta saya mengulang perkataannya. Baik sungguh hati Meissoun.

Petang Jumaat yang indah di sudut masjid SHAS UIAM, kami duduk bersimpuh belajar bahasa Arab. Bersungguh benar Meissoun mengajar. Terharu saya. Dia membetulkan percakapan saya satu persatu sambil memperbaiki ayat yang saya tuliskan. Alhamdulillah.

Inilah kali kedua saya merasa bersungguh benar mahu belajar bahasa Arab selepas berada di CELPAD sem lalu. Ya, meskipun rasa malu kerana bahasa Arab agak teruk. Tetapi;

"lau la na'malu al-khotou,la na'rifu assoheeha"

Sampai bila kita mesti berada di takuk lama. Saya tak nafikan perasaan lemah itu selalu muncul. Namun, takkan saya lupa nasihat Meissoun;

"Jika kamu belajar tulis Bahasa Arab dengan ikhlas, satu patah perkataan pun kamu akan dapat ganjaran di sisi Allah. InshaAllah" (translated)

Setiap kali bertemu Meissoun, setiap kali itu saya mendapat mutiara kata baru. Saya melihat tabir hidupnya ada ujian besar dalam menuntut ilmu. Keluarganya jauh di Algeria, lalu mewajibkannya mencari rezeki di UIA untuk menanggung pelajarannya. Dia bukanlah dari keluarga senang. Allah maha memberi rezeki buat hambaNya yang ikhlas menuntut ilmu. Meissoun dapat bekerja menanda tesis bahasa Arab dan mengajar bahasa Arab kepada sesiapa yang mahu.

"Haazihi hadiyyati almutawaadhi'ah laki'

Meissoun geleng dan mencubit saya. Wallahi, dia tak mahu menerima apa-apa pemberian dari saya. Katanya doa dari saya lebih berharga dari wang. Dia minta doakan kesembuhan buat ibunya yang sedang sakit. (kalian tolong doakan juga ya)

Nabi saw bersabda maksudnya:

“Jika seseorang mendo’akan saudaranya tanpa pengetahuannya, maka Malaikat pun akan
 mengatakan: (semoga) engkau medapatkan sebagaimana yang engkau do’akan (kepada saudaramu).” (HR. Muslim)

Saya takut akan melupakan pengalaman ini jadi saya berkongsi. Catatan ini buat generasi. Jangan mudah putus asa belajar bahasa Al-Quran. Semoga Allah meredhai kita.

Allah berfirman (ertinya): “Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati-hati mereka (kaum mukminin), seandainya kamu membelanjakan dunia dan seisinya, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah lah yang mempersatukan hati-hati mereka.” (Al Anfal: 63)
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories