"Everyday is a brand new start"

09 April 2014

Kami mahukan Ibu yang solehah!

Bersama ibu-ibu yang solehah. Dari kiri (atas): zaujah Dr Zahazan dan di sebelah beliau zaujah-zaujah Dr Zaharuddin. 
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah:71)
Jelas daripada ayat ini bahawa kaum Muslimah harus mempersiapkan diri untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat bukan hanya kaum lelaki. Para Muslimah bukanlah suplemen atau pelengkap dalam perbaikan masyarakat, bahkan mereka adalah pelaku aktif yang bertindak sebagai subjek pembangunan.

Islam mengangkat kaum wanita tak seperti agama lain yang merendahkan martabat wanita. Contoh, pastur St. John Chrysston berpendapat bahawa “Perempuan adalah makhluk yang paling jahat, patut mendapat kesengsaraan, dia benar-benar penggoda dan penambah penyakit”.

Nauzubillah. Alhamdulillah kita bersyukur dengan anugerah Islam dan Iman.

Persiapan Muslimah sebagai Ibu

Kaum perempuan sering dijadikan korban dan pada akhirnya mereka  sekadar menjadi hiasan dan promosi dunia. Sudah sudahlah. Muslimah hakikatnya harus mempersiapkan diri menjadi pelaku dakwah, pelaku pembangunan masyarakat dalam berbagai bidang kehidupan. Apa yang jauh lebih penting ialah, perempuan akan melahirkan generasi mendatang. Generasi ini yang akan mewarisi nilai-nilai kebaikan secara generatif daripada ibunya.

Hal ini tidak menafikan peranan seorang bapa. Allah menyebut bahawa perempuan solehah bagi lelaki soleh. Ibu yang solehah sebenarnya akan kesulitan melakukan pembinaan generasi jika tidak didukung oleh bapa yang soleh. Ini bermakna, Islam mengkhendaki perempuan untuk menjadi solehah, dalam masa yang sama tuntutan itu juga ditujukan untuk kaum lelaki.

Ibu yang mengandung dan melahirkan, adalah pihak yang amat dekat secara emosional dengan anak-anak. Jika kesedaran pewarisan nilai dimiliki ibu yang solehah, ia akan memantau perkembangan anak sehingga mampu mengenalpasti kecenderungan yang terjadi pada anak-anaknya.

Contoh Terbaik

Kita boleh melihat banyak contoh terbaik dalam masyarakat yang mampu menggerakkan dan memotivasikan kita untuk tidak berhenti mengislah diri sebagai seorang muslimah. Seperti satu kata-kata yang pernah saya dengar:

“Setiap kali aku merasa malas belajar, aku selalu ingat bahawa anak-anakku kelak berhak dilahirkan dari rahim seorang perempuan yang cerdas”

Muslimah bukan dilahirkan untuk menjadi lembik dan hanya suka melayan emosi sendiri serta keindahan duniawi. Sebaliknya, muslimah harus kembali merenung peranan dan sumbangan diri sendiri kepada agama dan ummah seterusnya melakukan tindakan. Saya selalu menasihati diri sendiri dan mudah-mudahan nasihat saya kepada orang lain membantu saya untuk istiqamah. "Sesungguhnya kita sudah kesuntukan masa. Keadaan Ummah semakin parah. Apa yang telah kita berbuat untuk agama?"

Semoga sifat-sifat kita yang baik diwarisi generasi mendatang.

Mohon doanya dan sama-sama teruskan berdoa.

"Ya Tuhan kami anugerahkanlah kami pasangan-pasangan kami, anak-anak kami, zuriat-zuriat kami, sebagai penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa." ( Al Furqan:74)
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (Al Ahqaf: 15) 

Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories