"Everyday is a brand new start"

31 May 2014

Mimpi atau jadi Realiti?



Di usia-usia begini
Ramai orang bercakap mengenai soal memiliki
Dan dimiliki


Dalam diam kau pun menyimpan hasrat untuk mengahwini

Seorang lelaki mithali
Tak perlu terlampau kacak cukup sekadar wajahnya menyejukkan hati
Yang mampu setia sampai kau mati

Kau impikan seorang suami

Yang soleh dan berwibawa tinggi
Yang mampu memimpin hingga ke syurga nan abadi

Tapi

kau tak berusaha untuk menjadi isteri
Yang boleh menjadi kebanggaan mana-mana suami
Setiap pagi kau bangun lewat tengahari
Tapi impikan suami yang subuhnya di masjid atau at least tahajud setiap hari

Kau mahukan lelaki yang boleh menjaga maruah diri

Tapi pergaulan dengan lelaki ajnabi
Langsung kau tak peduli

Mawar tanpa duri

Ibarat wanita tanpa harga diri

Kau bercakap soal jodoh tak henti-henti

Siapakah imam diri ini nanti?
Tapi pernahkah kau terfikir
Mahukah kau kalau berkahwin dengan seperti diri sendiri?

Adakah kau lupa atau tak cukup menyakini

"Lelaki yang baik untuk wanita yang baik" - itu janji Ilahi
Kalau kau tak berusaha untuk menghijrahkan diri
Silakan, teruskanlah bermimpi.


by Rciku



Source: #champak
Puisi ini bukan menghentam 'mimpi'. ^_~
Share:

01 May 2014

Sosok-sosok iktibar


Suatu ketika dulu
Doaku
Ya Allah temukan aku
Muslimah contoh
untukku ikuti jejaknya

Lalu Allah jelmakan satu persatu
Sosok yang diam-diam menyentuh kalbu

Muslimah ini besar ujiannya
Buat aku kagum dengan kecekalannya
Hidupnya seharian berpenat lelah
Mendidik ummah kepada agama

Muslimah ini pula rendah hatinya
Insan hebat yang tak sukakan pujian
Cukuplah Allah baginya
Subhanallah indah akhlaknya

Muslimah ini mungkin biasa-biasa
Tapi menurutku dia luar biasa
Bermewah-mewahan itu bukan dia
Apa yang ada, ya bersyukurlah seadanya

Yang membuatku kagum
Bukanlah kecantikan dan kemewahan
Bukanlah kepetahan berbicara

Tapi pada kata yang disertai amal
Pada hidup yang sederhana
Pada akhlak yang menyenangkan
Membuatkan jiwa-jiwa getar mengingati Pencipta
Sedang dia berusaha meraih cintaNya
Kerana aku sedang belajar mencontohinya.

Ya Allah, di saat aku memandang kemewahan dunia, 
Kau palingkan aku kembali mengingati keindahan syurga!


UmmuZayd
2 Mei 2014
Jumu'ah Barakah
Share:

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories