"Everyday is a brand new start"

31 May 2015

Senyum "TIGA"


Setelah dioffer menjadi fasilitator, entah kenapa saya terus bersetuju. Bukan kerana peperiksaan akhir sudah berakhir.

"InshaAllah...selagi dapat memberi manfaat untuk ummah

Dalam kesibukan peperiksaan serta penulisan, alhamdulillah Allah memberi peluang saya menyertai gerak kerja Kem Kepimpinan Al-Fateh.

Kanak-kanak sekolah rendah tak pernah sama dengan remaja sekolah menengah. Remaja sekolah menengah pemikirannya tak pernah sama dengan pelajar universiti. Pelajar universiti pula tak sama dengan masyarakat awam. Dari perbezaan fikiran dan cara pengendalian ini, saya teruja untuk belajar sesuatu.

"Alamak..saya paling tak pandai jadi fasi yang serius dan garang" Setelah melihat fasi-fasi lain yang sangat bagus, hati ini jadi sedikit gementar memulakan slot. Akhirnya, saya membuka dengan senyuman penghilang debaran.

"Kak Jue nak sepanjang slot Kak Jue, adik-adik senyum TIGA..."

Di sini saya belajar tentang diri sendiri, di samping belajar dari fasi-fasi yang lain. Kelembutan itu perlu, tapi adakala ketegasan juga sangat penting dalam pendidikan.


Antara saat yang saya tunggu-tunggu adalah waktu solat berjemaah. Getar hati mendengar seorang pelajar melaungkan azan. Hati tambah sayu ketika pelajar serta fasilitator berzikir dan berdoa bersama. Melihat adik-adik yang masih muda, adalah sangat penting untuk mentarbiyah mereka dengan cara hidup Islam yang sebenar di manapun mereka berada, apapun yang mereka lakukan.

Sesekali kagum dengan cara didikan ibu bapa mereka yang memberi impak kepada akhlak dan tingkahlaku peserta kem. 

"Takpelah...Allah belum bagi menang. Tak ada rezeki lah tu" kata si tembam dengan wajah ceria.

"Kak Jue..tolong doakan kami ye" ...sambil tangan mereka seakan merayu. Tersenyum saya mendengar. Ternyata mereka telah diasah tentang kepentingan "doa" dalam kehidupan.


Alhamdulillah.

Syukur pada Allah masih memberi peluang saya menjadi fasilitator, walaupun di kala umur telah sampai suku abad. Saya anggap inilah latihan sebelum saya mendidik ummah yang lebih besar, inshaAllah.

"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".[Al-Kahfi :10]


Di akhir program, ketika sedang khusyuk membuat video, seorang peserta lelaki datang menyapa di hadapan.

"Kak Jue.... Tiga.. Tiga..."

"Tiga apa?" 

"Senyum TIGA lah kak Jue.." Dia senyum.

Agaknya wajah saya terlalu berkerut. Ingat betul adik itu pada senyum TIGA semalam. Hilang lelah, lalu saya hadiahkan senyuman TIGA paling manis buat dia.

31 Mei 2015
Kem Sri Raudhah
Semoga Allah jadikan mereka seperti pemuda Al-Kahfi, pemuda agama, pencetus kemenangan ummah!


Share:

21 May 2015

I'm Jealous of You



Dalam satu Hadis Riwayat at-Tabrani, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah S.A.W:

" Ya Rasulullah, yang mana lebih utama? Wanita dunia ataupun bidadari bermata jeli?"

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Jawapan Rasulullah ini seperti matahari setelah mendung gelap gelita. Harapan untuk wanita-wanita dunia. Bahawa masih ada tempat kosong untuk menjadi bidadari dunia dan syurga. 

Allahu...



Sesekali ada rasa cemburu kepada wanita-wanita yang gigih berjuang di medan dakwah. Begitu juga kepada wanita yang mampu menggegarkan pentas dunia dengan lantangan suara yang menghancurkan kezaliman. Jauh di lubuk hati, selalu terbit rasa cemburu kepada wanita-wanita yang berjaya melahirkan keturunan ulama' dan pejuang, solehah sebagai anak, isteri dan bonda.

Cemburu ini semakin dewasa semakin terasa. Sedang diriku tidak seperti mereka.

Tenanglah di syurga wahai As syahidah Asma El Betagi
“Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati. Jadi ayah berdoa kepada Allah semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga”.

- tinta cinta Ayahmu, Mohammed El Beltagi-

First Lady of Turkey
Beside Erdogan, there's Emina
Bergembiralah wahai muslimah, bersyukurlah dengan dirimu apa adanya, juga warna warni peribadimu yang pelbagai namun masih di atas garisan syariat yang Allah tetapkan.

Kerana sirah para mujahidah juga punya cerita. Variasi peribadi mereka tetap menggegar sejarah. Teringat, kisah Nusaibah binti Ka'ab yang melindungi Rasulullah SAW ke mana-mana beliau bergerak dalam peperangan. Ummu Hani pula berani dan berpendirian kuat. Namun, Siti Khadijah itu lembut dan penuh keibuan. Aisyah ra pula ceria dan pemanja orangnya. Di sana, ada Khaulah Al-Azwar yang kehebatan perangnya tak disangkal.

Kata Syauqahwardah, "Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri. Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bestari. Seorang muslimah tetap istimewa sebagai suri hati sang jejaka, menjadi ibunda kepada putera dan puteri serta menjadi bualan penghuni langit dunia."

Akhirnya, takrifan Bidadari Dunia ini bukan ikut ‘apa dia rasa’,

Bidadari Dunia ini, ikut ‘apa Tuhan dia kata’,

Bidadari Dunia ini,

Perempuan yang merupakan manusia,

tetapi melangkah dengan langkahan bidadari.

Mahal. Indah. Tinggi. Mulia.

للَّهُمَّ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Jumaat22052015
Share:

UmmuZayd

UmmuZayd
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories