"Everyday is a brand new start"

21 May 2015

I'm Jealous of You



Dalam satu Hadis Riwayat at-Tabrani, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah S.A.W:

" Ya Rasulullah, yang mana lebih utama? Wanita dunia ataupun bidadari bermata jeli?"

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Jawapan Rasulullah ini seperti matahari setelah mendung gelap gelita. Harapan untuk wanita-wanita dunia. Bahawa masih ada tempat kosong untuk menjadi bidadari dunia dan syurga. 

Allahu...



Sesekali ada rasa cemburu kepada wanita-wanita yang gigih berjuang di medan dakwah. Begitu juga kepada wanita yang mampu menggegarkan pentas dunia dengan lantangan suara yang menghancurkan kezaliman. Jauh di lubuk hati, selalu terbit rasa cemburu kepada wanita-wanita yang berjaya melahirkan keturunan ulama' dan pejuang, solehah sebagai anak, isteri dan bonda.

Cemburu ini semakin dewasa semakin terasa. Sedang diriku tidak seperti mereka.

Tenanglah di syurga wahai As syahidah Asma El Betagi
“Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati. Jadi ayah berdoa kepada Allah semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga”.

- tinta cinta Ayahmu, Mohammed El Beltagi-

First Lady of Turkey
Beside Erdogan, there's Emina
Bergembiralah wahai muslimah, bersyukurlah dengan dirimu apa adanya, juga warna warni peribadimu yang pelbagai namun masih di atas garisan syariat yang Allah tetapkan.

Kerana sirah para mujahidah juga punya cerita. Variasi peribadi mereka tetap menggegar sejarah. Teringat, kisah Nusaibah binti Ka'ab yang melindungi Rasulullah SAW ke mana-mana beliau bergerak dalam peperangan. Ummu Hani pula berani dan berpendirian kuat. Namun, Siti Khadijah itu lembut dan penuh keibuan. Aisyah ra pula ceria dan pemanja orangnya. Di sana, ada Khaulah Al-Azwar yang kehebatan perangnya tak disangkal.

Kata Syauqahwardah, "Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri. Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bestari. Seorang muslimah tetap istimewa sebagai suri hati sang jejaka, menjadi ibunda kepada putera dan puteri serta menjadi bualan penghuni langit dunia."

Akhirnya, takrifan Bidadari Dunia ini bukan ikut ‘apa dia rasa’,

Bidadari Dunia ini, ikut ‘apa Tuhan dia kata’,

Bidadari Dunia ini,

Perempuan yang merupakan manusia,

tetapi melangkah dengan langkahan bidadari.

Mahal. Indah. Tinggi. Mulia.

للَّهُمَّ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Jumaat22052015
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories