"Everyday is a brand new start"

17 September 2015

Benvenuti in Italia 9 [ LAST: spiritual journey ]

Bismillah...



"Setiap orang bertemu peristiwa yang berbeza, setiap orang memiliki fokus yang berbeza, dan setiap orang punya sudut pandang yang juga berbeza, maka setiap orang punya cerita yang berbeza. Ini membuat setiap perjalanan terasa berbeza. Walau ke tempat yang sama dengan yang disinggahi oleh orang lain!" 

BAJET??

Segalanya bermula dengan tawakkal. 

Mei 2015, saya dan along mula survey tiket murah. Siang malam membuka laman web kayak dan skyscanner  (boleh muat turun apps ke handphone) sehinggalah Garuda mempromosikan tiket ke Rome. Seeloknya, booking tiket setahun sebelum terbang untuk harga jauh lebih murah. 

Perbelanjaan untuk tiket pergi balik sebanyak RM3k lebih dan bila dicampur tiket train, tempat, waterbus, makan dan souvenir semuanya RM5k. Alhamdulillah, penginapan saya disponsor kakak, jika tidak mungkin dalam RM6k ke atas.


Semasa kami menukarkan ringgit ke mata wang euro, ketika itu mata wang Malaysia baru mahu jatuh. Bayangkan RM1000 hanya mendapat tukaran 235 euro. Betapa!

Segalanya kami cari paling murah termasuk tiket train dan makanan. Jangan lupa bawa bekalan makanan dari Malaysia. Bajet kami untuk makan sehari dalam 7 euro, itupun dijamakkan pagi-tengahari (brunch). 

Air mineral pula pastikan beli yang pukal di market sebab jauh lagi murah dibanding beli satu. Lebih jimat, tadah air di paip-paip yang ada di serata tempat di Itali. Ia selamat untuk diminum.

Untuk penginapan, silalah booking penginapan berbentuk hostel kerana sangat murah berbanding hotel. Bersedialah untuk dicharge city tax (3 euro/person) sebelum menginap di mana-mana. Tak perlu rasanya untuk terlalu mewah dan selesa, kata backpacker!

Lebih penting, pastikan itinerari disusun rapi lebih awal kerana banyak perubahan akan berlaku di saat-saat akhir. Boleh rujuk tips di sini. Tak elok buat kerja last minute kerana akan menambah pembaziran masa, tenaga dan wang. Print map, sebab mungkin kita takkan jumpa map free nanti.


Contoh website perempuan backpacker

Banyakkan membaca. Rajin-rajinlah membaca blog orang yang berpengalaman ke tempat yang kita akan pergi. Peka dengan aspek keselamatan. 

IBRAH SANG PENGEMBARA

Ambillah masa kita untuk pergi mengembara, paling kurang keluar sebentar dari kawasan kebiasaan kita, melihat dunia ini untuk bertafakur pada kejadian kita, kejadian langit dan bumi sehingga membawa kita mengenal Allah dan kenal diri kita sendiri sekaligus orang lain.

"Orang yang mampu kenal diri sendiri dan orang lain, dia memiliki kecerdasan emosi." -Ustazah Norhafizah-

"Kenapa ulama'-ulama' kita selalu cadangkan safir? Agar kita tau bagaimana Allah ciptakan manusia dengan segala keunikannya." -Mila Azkiya- 

Dari travel ini, saya banyak belajar dari budaya masyarakat, nilai dan sistem. Karenah manusia sungguh menguji kesabaran saya, namun saya yakin inilah ujian Allah untuk mengukur tahap kesabaran saya, yang hakikatnya memperbaiki diri saya sendiri.

Jangan mudah melatah dengan ketidaksempurnaan perjalanan, dan belajarlah menghargai orang lain. Bagi saya, permusafiran ini bukan sekadar menambah ilmu dan pengalaman, tapi juga sebuah perjalanan spiritual yang membuatkan saya banyak merenung diri dan berfikir.

Maka berakhirlah catatan perjalanan ke Itali.



Doakan saya diberi peluang oleh Allah ke tanah suci pula selepas ini.

Amin, ya rabbal alamin.

Share:

Benvenuti in Italia 8 [ Milan: Syurga Shopaholic]

Bismillah..

Setelah check out dari Hotel Centrale yang agak murah (thats why no free wifi and kettle), kami bergerak ke destinasi terakhir, Milan. Milan (Milano dalam bahasa Itali), ialah kota utama di sebelah utara Itali. Dari Venice ke Milan mengambil masa 2 jam lebih. Alhamdulillah, train di Itali boleh dipuji kerana sangat selesa.

Tiket masuk
Rancangan awal untuk ke Duomo diubah setelah dicadangkan oleh pekerja Loreto Elite Milano agar kami melawat EXPO Milano di Rho Fiera yang mengumpulkan ratusan negara dalam sebuah pameran dengan masing-masing negara mendapat pavilion sendiri. Langkah kanan kami di Itali, bukan sahaja dapat melawat expo malah tiketnya juga hanya 5 euro kerana berkebetulan kami sampai hampir jam 6 petang. Alhamdulillah.

Beca di Pavilion Malaysia
Terjegil biji mata melihat tanda harga yang terpapar pada gerai menjual makanan di Pavilion Malaysia. Hancur hati ingin melepaskan kerinduan makan nasi lemak. Mana tidaknya, harga setiap satu makanan mencecah RM40. 

Mengucap panjang..
Pelajaran tarian Malaysia 
Qatar

Ini bukan negara. Tak sepatutnya di sini.
Kota Milan terkenal sebagai Kota fesyen dan Galleria Vittorio Emanuele di Piazza Duomo di sana merupakan salah satu tempat beli belah tertua di dunia. Malangnya, saya bukan peminat barang berjenama seperti prada, gucci, long champ dan segala macam lagi yang saya baru tahu namanya ketika di Itali. Jadi, saya tak adalah takjub sangat.



Gambar di atas ini ialah Milano Cathedral, salah satu bangunan termasyhur di seluruh Eropah. Seni binanya memang cantik, namun masjid tetap menjadi kebanggan muslim seperti kita. Di bawah ini pula Galleria Vittorio Emanuele.




Kalau menurut saya, Milan tidaklah seseronok Florence, Rome dan Venice melainkan expo yang hebat. Setelah ke Duomo, kami singgah makan di restoran Kashmir berdekatan Milano Centrale. 


Bon Appetite!

Hari ini hari terakhir, sedih itu ada untuk meninggalkan bumi Itali yang penuh sejarah. Penerbangan delay hampir setengah jam. Kami berlepas dari Milan Malpensa airport dan sempat transit di Istanbul sebelum terbang ke Kuala Lumpur. 

Oh negaraku Malaysia tercinta!

Di akhir episod "Benvenuti in Italia", inshaAllah saya akan ceritakan beberapa ibrah bersama bajet perjalanan.


[ Read the last episode.. ]

Share:

16 September 2015

Benvenuti in Italia 7 [ Mood Romantik Venice ]

Bismillah..

Train ke Venice
Venice terkenal dengan gelaran "The City of Romance", "The City of Light", "Kota Jambatan", "La Dominante" dan "The Floating City". Bandar Venice terletak di atas gugusan 117 buah pulau kecil dipisahkan 150 terusan. Di antara terusan paling sibuk dan terkenal adalah Grand Canal.


Dari Venezia Mestre, kami menaiki train dalam 15 minit ke Venezia Santa Lucia. Tempat pertama kami jejaki ialah Quanto Basta, sebuah restoran halal yang menjual roti dan pasta. Super sedap! Restoran halal memang sukar ditemui di Venice, tapi inshaAllah tiada masalah jika kita rajin membuat research sejak awal.

Sarapan di Quanto Basta
Kedai coklat yang menggiurkan di Venice
Cuaca di Venice agak sejuk berbanding Rome di bawah 20 darjah celcius. Kerana gondola agak mahal, kami memilih menaiki vaporetto/waterbus dengan harga 20 euro/day untuk ke Piazza San Marco. Subhanallah, alangkah indah menaiki water bus menyaksikan deretan bangunan klasik di kiri kanan. 




Piazza San Marco
Pasangan menaiki gondola
Venice unik kerana ia sebuah bandar terbesar tanpa kereta di Eropah. Pengangkutan utama di sini ialah water taxi, water bus, godola dan  bot laju.

Lapangan di San Marco sangat luas. Di sini terdapat gereja San Marco yang gah dan merpati yang tidak terhitung banyaknya. Mereka sangat jinak, malah berani datang mendekati orang. 


Kanak-kanak comel yang berposing di lantai 
Seorang bapa yang mengikat anaknya, bimbang hilang agaknya
Berjalan-jalan di jalan sempit melalui kedai-kedai seperti di Cinque Terre
Gondola adalah sebuah perahu dayung tradisional Venezia. Gondola merupakan pengangkutan utama di Venezia selama berabad-abad dan masih memegang peranan penting dalam sistem pengangkutan awam di sana sampai saat ini.

Gondola digerakkan oleh seorang pendayung yang disebut gondolier. Berdasarkan peraturan, seorang gondolier harus lahir di Venezia untuk melakukan pekerjaan ini dan sebuah gondola harus dicat hitam.




Selepas San Marco, kami bergerak ke Murano Island, tempat pembuatan kaca Murano. Kami solat di situ, di kawasan yang agak sepi dari manusia. Di atas vaporetto, mathurat dialunkan perlahan. Sungguh, membaca al-mathurat dan maknanya begitu juga Al-Quran dan tafsirnya luar biasa 'feel'nya bila berada di negara non-muslim.

"Allahumma, nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur."


[To be continued...]
Share:

15 September 2015

Benvenuti in Italia 6 [ Kota Gladiator Rome ]

Bismillah...

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
-Laskar Pelangi-


 Colosseum: salah satu dari keajaiban dunia 

Surah Rom memperkatakan tentang kuasa besar yang telah dikalahkan namun bangkit semula tidak sampai 10 tahun berikutnya. Di Kota Rom, kita akan dapat menikmati sejarah Rom yang terukir sejak awal zaman peradaban manusia dan melihat saki baki tinggalan lama.

Menurut pembacaan, Rom merupakan kerajaan pertama yang mengamalkan perlembangaan serta negara yang berasaskan undang-undang bertulis yang diamalkan oleh beberapa negara lain sehingga kini. Paling menarik Rom merupakan sebuah negara yang mempunyai hampir 85 % bangunan sejarah paling kukuh serta paling asli yang dikekalkan hingga ke hari ini untuk tatapan semua masyarakat dunia.



Amphitheater terbesar di dunia ini menjadi medan pertumpahan darah yang merupakan hiburan di kalangan penduduknya pada ketika itu.

Colosseum misalnya, sebuah bangunan kekal yang masih utuh sebagai mercu tanda penting di Rom. Di sini, kami dapat melihat sendiri bagaimana ianya dibina tanpa menggunakan peralatan moden yang seakan tidak mungkin terjawab oleh akal kita akan keadaan pada zaman itu berbanding sekarang.


Setiap penjuru mempunyai cerita tersendiri. Inilah juga teknologi manusia pertama yang benar-benar mengagumkan sesiapa sahaja yang pernah kemari. Jika difikirkan kembali binaan yang agak besar ini tidak mungkin dibina oleh manusia biasa. Dari zaman Vespasian hinggalah dinasti Titus ianya mengambil masa yang agak mustahil tanpa peralatan moden ketika itu.

Begitu gahnya ketamadunan mereka pada ketika itu. Namun, keangkuhan tamadun ini dengan mudah dapat dibinasakan oleh Allah. Setelah itu, kami bergerak ke Palatino, yang hanya terletak bersebelahan Colosseum sahaja. Di sinilah letaknya Roman Forum yang terkenal itu. Dengan menggunakan tiket yang sama dengan tiket Colosseum, kami masuk ke dalam kawasan lapang yang menempatkan banyak kawasan runtuhan. Di sinilah dahulunya merupakan pusat kehidupan masyarakat Rom, di sinilah banyak patung tokoh Rom dibina.





Seterusnya, kami ke bandar utama Katolik Vatican yang dibina seluas 44 hektar sahaja namun merupakan sebuah kerajaan berdaulat yang berada di tengah kota Rom. 

Panas membahang, tapi ramai juga orang sanggup beratur untuk masuk.


Berteraskan agama serta dianuti oleh hanya 900 orang sahaja. Vatican City merupakan sebuah kerajaan sendiri yang paling kecil di dunia. Seakan bonus untuk melawat Rom dengan sebuah lagi negara lain di dalamnya.




Macam Kota Semut
Piazza Venezia
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan di Luna Caprese, selesai makan spagetti kami solat di dapur restoran atas ihsan pemilik Luna Caprese. Pemiliknya memahami kami kerana beliau juga muslim. Uniknya pada tandas di situ ialah pili air diganti pam kaki. Pening juga mencari idea membuka paip air.

Restoran halal Luna Caprese berdekatan Fontana di Trevi

[ To be continued.. ]
Share:

Benvenuti in Italia 5 [ Masjid Agung Rome ]

Bismillah..
Italy has changed. But Rome is Rome – Robert De Niro
Rom menjadi antara bandar tertua di Eropah dan terkenal dengan sejarah empayar Roman. Salah satu daripada perkara yang disebutkan dalam Al-Quran ialah kemenangan kepada tentera Rom (Empayar Byzantine).

“Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah." (Surah Ar-Rum: 1-4)

Inilah keajaiban Al-Quran. Ayat ini diturunkan setelah kalahnya Empayar Rom yang beragama Kristian di tangan tentera Parsi yang menyembah api. Sungguh janji Allah itu terbukti kebenarannya dengan kemenangan kerajaan Rom tidak lama selepas itu.

Kata orang:
"Mengembara di bumi Rome yang penuh dengan sejarah ibarat berjalan di dalam muzium yang luas dan terbuka."


Masjid Agung Rom - credit to google
Rom dikenali sebagai pusat Agama Katolik, tempat bertakhtanya Paus selaku pimpinan tertinggi penganut Katolik dunia. Bagaikan suatu yang mustahil bagi muslim Itali untuk mendirikan masjid di kota ini. Benito Mussolini (1883-1945) diktator Itali beraliran Fasis yang berkuasa di Itali, pernah berkata tentang pembangunan masjid di kota Rom: “Tak kan ada masjid di Roma, selama tak ada Gereja di Mekah”.

Kuasa Allah mengatasi segalanya. Setelah 20 tahun melalui proses yang melelahkan, umat Islam di kota Rom akhirnya memiliki sebuah masjid megah yang menjadi salah satu masjid terbesar di Eropah, lengkap dengan segala kemudahan.


Stesen kereta api di Campo Sportivi
Perjalanan ke masjid Rom memang mendebarkan. Lebih-lebih lagi, jenayah pickpocket di Rom agak berleluasa. Untuk ke sini, kami menaiki metro ke stesen Flaminio dan pertukaran ke Campo Sportivi. Tidak jauh dari stesen Campo Sportivi(sangat kotor dengan sampah), kelihatan megah sebuah masjid yang sepi tanpa manusia. Kata guard, masjid hanya dipenuhi orang ketika solat jumaat.

Masjid yang sepi tapi kebanggaan muslim.
Sujud syukurku dapat berada di masjid Eropah hasil penat lelah umat Islam.



Ruang solat utama
Satu kepuasan yang indah dapat berada di rumah Allah setelah terlalu banyak melihat patung-patung di Itali. Oleh sebab siang masih panjang, kami gunakan tiket BIT harga 7 euro/day untuk ke beberapa tempat.


Beberapa binaan seperti di Istanbul dapat kita saksikan di kota Rom ini. Banyak bagunan istimewa yang mementingkan gerbang atau pintu masuk utamanya kelihatan megah berdiri sekitar kota Rom.


Spanish Steps
Spanish Steps - dengan 135 anak tangga kesemuanya masih berada dalam keadaan yang sangat baik walaupun ianya pernah menjadi pusat pertempuran suatu ketika dahulu. 

Piazza Del Papolo
Lagi gereja besar
Menaiki metro yang padat dengan manusia perlu hati-hati. Pickpocketers everywhere. Semua orang menjadi target person
Basilica Di Santa Maria Degli Angeli
Inilah kali pertama saya masuk ke gereja. Sebenarnya, saya tak tahu pun itu gereja. Ketika itu, mereka sedang menyanyikan lagu gereja beramai-ramai. Tidak lama, rasa sedikit seram dan saya keluar. 

[ To be continued.. ]
Share:

UmmuZayd

UmmuZayd
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive