"Everyday is a brand new start"

14 September 2015

Benvenuti in Italia 3 [ Florence: Gerbang Tuscany ]

Bismillah...
"Bukan tentang jalan yang dilewati tapi tentang jejak yang ditinggalkan" -Marion L-


San Lorenzo Market
Kami berjalan saja untuk pusing-pusing bandar Florence ni sebab semua attraction dekat-dekat. Sambil berjalan, boleh lihat kehidupan orang Florence. Destinasi pertama, San Lorenzo market kerana tempat ini paling dekat dengan hotel kami. Tarikan utama di sini ialah barangan kulit terutamanya handbags. Cukuplah hanya memandang handbags cantik yang murah di sana, tapi tidak bila ditukar dengan mata wang ringgit.

Berjalan-jalan di pasar, tidak sah kalau tak ditegur abangLa yang begitu ramai menjadi peniaga di sana, malah boleh berbahasa Melayu. Ucapan "Assalamualaikum" pula mungkin dianggap sebagai "selamat pagi" kepada muslim seperti kami.

Banyak juga muzium dan gereja yang boleh dilawati di Florence. Binaannya cukup unik contohnya Duomo Cathedral of Santa Maria. Gereja ini adalah gereja ketiga terbesar di dunia setelah gereja Vatikan dan gereja di London. Gereja ini adalah kebanggaan orang Florence. 

Terdapat juga Gereja Santa Croce, sebuah gereja katolik Roma yang di dalamnya ada tempat perkuburan seniman-seniman dan ilmuwan ternama, seperti Michelangelo dan Galileo. 
Duomo Cathedral

 Gereja Santa Croce

Berdekatan dengan gereja terdapatnya Piazza Della Signoria, iaitu lapangan besar dengan bangunan terkenal iaitu Uffizi Gallery. Ada menara tinggi di sini. Juga merupakan salah satu muzium terkenal di Itali. Karya Michelangelo, Leonardo Da Vinci, dan Rembrandt ada di sini.
Piazza Della Signoria
Sekitar Florence

Mencari makanan halal di Florence agak mudah. Antaranya, di Aya Sofya Istanbul kebab dan Maddina Tandoori. Di Itali, tidak sah kalau tak rasai kehebatan gelato halal, aiskrim yang luar biasa sedap.

Ponte Vecchio
Di belakang saya merupakan jambatan tertua yang ada di Florence merentangi sungai Arno dan menghubungkan Uffizi dengan Palazzo Pitti. Dipercayai jambatan ini sudah ada sejak zaman Kerajaan Romawi. Cenderamata, benda-benda seni dan perhiasan yang dijual di kedai-kedai sepanjang Ponte Vecchio agak mahal.

Walking to Piazzale Michelangelo
Di Piazzale Michelangelo, kita dapat melihat seluruh kota Florence secara panoramik. Beberapa bangunan yang menjadi landmark Kota Florence turut kelihatan dari daerah ini.

Naik ke Piazzale Michelangelo agak melelahkan kerana sudah seharian kami berjalan kaki. Dengan semangat juang kami menaiki tangga demi tangga demi sampai ke puncak. Ketika mendaki, ada seorang peniaga berkulit hitam memanggil kami, "Muslimah...muslimah.." Sedap pula panggilan tu. :) 
Melalui lorong mendaki
Tangga ke atas
Alhamdulillah..dah sampai!

Sebelum terlupa, di sini sangat banyak anjing comel dari yang kecil sampai sebesar budak, malah boleh dibawa masuk ke dalam train. Kalau anda takut, buat-buat tak nampak dan mengelak. Anjing ini walaupun terikat tapi suara salakannya menggerikan. Inilah antara perkara yang paling menakutkan di Itali.


[To be continued...]
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive