"Everyday is a brand new start"

14 September 2015

Benvenuti in Italia 4 [ Pisa & Warna Warni Cinque Terre ]

Bismillah..

Grazie! (thank you)
Prego! (you're welcome)

Bahasa Itali ini sudah mula dihafal bila terlalu kerap dituturkan. Seronok betul orang Itali kalau kita dapat berbahasa Itali dengan mereka.


Menyeberang jambatan sebelum ke Pisa
Hari Ketiga, kami ke Pisa. Kota Pisa hanya berjarak 1 jam dari Kota Florence. Dari Firenze SM Novella, kami berhenti di Firenze Campo di Marte dan terus ke Pisa Central. Sebenarnya, untuk ke Pisa hanya perlu berjalan mengikut signboard, tapi kami tersalah arah kerana mengikut waze. Mujur, cuaca agak dingin pagi itu.


Bangunan unik sekitar Pisa

K Shikin & Menara Pisa
Andaikata menara condong Pisa ini tidak condong, mungkin Pisa tak akan terkenal. Menara ini dibina dalam waktu yang sangat lama. Ketika terjadi kecondongan, pembangunan dihentikan namun dilanjutkan lagi generasi berikutnya. Uniknya meskipun condong, menara ini masih boleh dinaiki. Di sini kelihatan begitu ramai pelancong beratur untuk menaiki Pisa.

sejarah pembinaan
Anda kenal ilmuwan bernama Galileo Galilei? Pisa ini tempat lahir beliau. Menurut sejarah, menara ini pernah dipanjat Galileo Galilei untuk melakukan demonstrasinya. Ujian yang dilakukan pada tahun 1589 mendapati bahawa 'setiap objek berlainan berat yang dijatuhkan mempunyai kelajuan yang serupa'. Ini menafikan teori Aristoteles iaitu 'benda berat jatuh lebih cepat daripada benda ringan'. Penemuan Galileo ini kemudian membantu kajian hukum Newton oleh Sir Isaac Newton.
Membaca sejarah adalah cara menemukan harapan. Harapanlah yang membuat kita rela dan berani melakukan kebajikan-kebajikan hari ini, walaupun buah kebajikan itu akan dipetik oleh mereka yang baru akan lahir esok hari. Anis Matta-

Ok, tamat kelas fizik.

Pesona tebing karang Cinque Terre


Subhanallah!
Dari Pisa Sentral, kami menaiki train ke Kota paddle pop, Cinque Terre yang terletak di sebelah barat kota La Spezia. Cinque Terre, yang diterjemahkan menjadi "Five Lands" merujuk lima desa : Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia, Manarola, dan Riomaggiore.

Kelimanya memiliki keunikan masing-masing. Kelima desa ini juga berada di atas batu karang. Saat berada di sini, kami menikmati pemandangan bangunan berwarna warni yang telah berumur ratusan tahun dan jalan-jalan sempit.

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”. (Surah Ali-Imran : 191). 


Berangan!

Sayangnya, kami hanya sempat ke satu desa iaitu Manarola. Itupun, sampai di hotel agak lewat malam. Jika berkesempatan untuk kali kedua, saya teringin ke Riomaggiore.

Oh, di sinilah pertama kali saya melihat kucing di Itali.

[To be continued...]
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive