"Everyday is a brand new start"

15 September 2015

Benvenuti in Italia 6 [ Kota Gladiator Rome ]

Bismillah...

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
-Laskar Pelangi-


 Colosseum: salah satu dari keajaiban dunia 

Surah Rom memperkatakan tentang kuasa besar yang telah dikalahkan namun bangkit semula tidak sampai 10 tahun berikutnya. Di Kota Rom, kita akan dapat menikmati sejarah Rom yang terukir sejak awal zaman peradaban manusia dan melihat saki baki tinggalan lama.

Menurut pembacaan, Rom merupakan kerajaan pertama yang mengamalkan perlembangaan serta negara yang berasaskan undang-undang bertulis yang diamalkan oleh beberapa negara lain sehingga kini. Paling menarik Rom merupakan sebuah negara yang mempunyai hampir 85 % bangunan sejarah paling kukuh serta paling asli yang dikekalkan hingga ke hari ini untuk tatapan semua masyarakat dunia.



Amphitheater terbesar di dunia ini menjadi medan pertumpahan darah yang merupakan hiburan di kalangan penduduknya pada ketika itu.

Colosseum misalnya, sebuah bangunan kekal yang masih utuh sebagai mercu tanda penting di Rom. Di sini, kami dapat melihat sendiri bagaimana ianya dibina tanpa menggunakan peralatan moden yang seakan tidak mungkin terjawab oleh akal kita akan keadaan pada zaman itu berbanding sekarang.


Setiap penjuru mempunyai cerita tersendiri. Inilah juga teknologi manusia pertama yang benar-benar mengagumkan sesiapa sahaja yang pernah kemari. Jika difikirkan kembali binaan yang agak besar ini tidak mungkin dibina oleh manusia biasa. Dari zaman Vespasian hinggalah dinasti Titus ianya mengambil masa yang agak mustahil tanpa peralatan moden ketika itu.

Begitu gahnya ketamadunan mereka pada ketika itu. Namun, keangkuhan tamadun ini dengan mudah dapat dibinasakan oleh Allah. Setelah itu, kami bergerak ke Palatino, yang hanya terletak bersebelahan Colosseum sahaja. Di sinilah letaknya Roman Forum yang terkenal itu. Dengan menggunakan tiket yang sama dengan tiket Colosseum, kami masuk ke dalam kawasan lapang yang menempatkan banyak kawasan runtuhan. Di sinilah dahulunya merupakan pusat kehidupan masyarakat Rom, di sinilah banyak patung tokoh Rom dibina.





Seterusnya, kami ke bandar utama Katolik Vatican yang dibina seluas 44 hektar sahaja namun merupakan sebuah kerajaan berdaulat yang berada di tengah kota Rom. 

Panas membahang, tapi ramai juga orang sanggup beratur untuk masuk.


Berteraskan agama serta dianuti oleh hanya 900 orang sahaja. Vatican City merupakan sebuah kerajaan sendiri yang paling kecil di dunia. Seakan bonus untuk melawat Rom dengan sebuah lagi negara lain di dalamnya.




Macam Kota Semut
Piazza Venezia
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan di Luna Caprese, selesai makan spagetti kami solat di dapur restoran atas ihsan pemilik Luna Caprese. Pemiliknya memahami kami kerana beliau juga muslim. Uniknya pada tandas di situ ialah pili air diganti pam kaki. Pening juga mencari idea membuka paip air.

Restoran halal Luna Caprese berdekatan Fontana di Trevi

[ To be continued.. ]
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive