"Everyday is a brand new start"

16 September 2015

Benvenuti in Italia 7 [ Mood Romantik Venice ]

Bismillah..

Train ke Venice
Venice terkenal dengan gelaran "The City of Romance", "The City of Light", "Kota Jambatan", "La Dominante" dan "The Floating City". Bandar Venice terletak di atas gugusan 117 buah pulau kecil dipisahkan 150 terusan. Di antara terusan paling sibuk dan terkenal adalah Grand Canal.


Dari Venezia Mestre, kami menaiki train dalam 15 minit ke Venezia Santa Lucia. Tempat pertama kami jejaki ialah Quanto Basta, sebuah restoran halal yang menjual roti dan pasta. Super sedap! Restoran halal memang sukar ditemui di Venice, tapi inshaAllah tiada masalah jika kita rajin membuat research sejak awal.

Sarapan di Quanto Basta
Kedai coklat yang menggiurkan di Venice
Cuaca di Venice agak sejuk berbanding Rome di bawah 20 darjah celcius. Kerana gondola agak mahal, kami memilih menaiki vaporetto/waterbus dengan harga 20 euro/day untuk ke Piazza San Marco. Subhanallah, alangkah indah menaiki water bus menyaksikan deretan bangunan klasik di kiri kanan. 




Piazza San Marco
Pasangan menaiki gondola
Venice unik kerana ia sebuah bandar terbesar tanpa kereta di Eropah. Pengangkutan utama di sini ialah water taxi, water bus, godola dan  bot laju.

Lapangan di San Marco sangat luas. Di sini terdapat gereja San Marco yang gah dan merpati yang tidak terhitung banyaknya. Mereka sangat jinak, malah berani datang mendekati orang. 


Kanak-kanak comel yang berposing di lantai 
Seorang bapa yang mengikat anaknya, bimbang hilang agaknya
Berjalan-jalan di jalan sempit melalui kedai-kedai seperti di Cinque Terre
Gondola adalah sebuah perahu dayung tradisional Venezia. Gondola merupakan pengangkutan utama di Venezia selama berabad-abad dan masih memegang peranan penting dalam sistem pengangkutan awam di sana sampai saat ini.

Gondola digerakkan oleh seorang pendayung yang disebut gondolier. Berdasarkan peraturan, seorang gondolier harus lahir di Venezia untuk melakukan pekerjaan ini dan sebuah gondola harus dicat hitam.




Selepas San Marco, kami bergerak ke Murano Island, tempat pembuatan kaca Murano. Kami solat di situ, di kawasan yang agak sepi dari manusia. Di atas vaporetto, mathurat dialunkan perlahan. Sungguh, membaca al-mathurat dan maknanya begitu juga Al-Quran dan tafsirnya luar biasa 'feel'nya bila berada di negara non-muslim.

"Allahumma, nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur."


[To be continued...]
Share:

0 comments:

Post a Comment

UmmuZayd

UmmuZayd
"UmmuZayd"
Inspirasi dari surah Al-Ahzab ayat 37
Zayd; nama yang pernah bersatu dengan patah perkataan Al-Quran
Zayd; nama yang terus kekal dituturkan makhluk yang membaca Al-Quran
Aku ingin menjadi Ummu Zayd
Ibu kepada insan-insan mulia ahlul Quran

Amin Ya Rabb

*Blog Ummuzayds telah bermula pada tahun 2009, dengan nama nursrikandislam, heartofsrikandi dan terkini lebih matang, ummuzayds. Enjoy your reading! ;)

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"

-Anak-Anak UmmuZayd-

"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive